RESULT SPM AKU + MEDIA BUAT HAL??

by - 12:25

Assalamualaikum



Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah

Itu sahaja yang aku mampu cakap. Baiknya tuhan beri aku nikmat ni. Nikmat yang setiap orang impikan, dan akulah antara orang yang diberi kesempatan untuk merasai nikmat yang terindah ni. Sampai ke saat ni, aku rasa aku tak layak pun. Mengenangkan dosa-dosa yang aku buat, aku rasa aku tak layak pun untuk dapat semua ni. Baiknya Allah. 

Sebelum masuk dalam dewan, kitorang semua pelajar-pelajar ni kena berkumpul dekat COE (Centre Of Excellence). Macam dewan terbuka macam tu lah kalau korang nak bayangkan. Kami dengar taklimat, perjalanan majlis graduasi, keluar masuk, adab di dalam majlis dan banyak lagilah. Dalam jam 10 pagi, rata-rata dah pegang telefon masing-masing. Menunggu keputusan SPM masing-masing melalui SMS. Aku? erm... TAK BERANI WEYH. 

Masuk dewan aku borak-borak dengan orang sebelah. Tiba-tiba ada cikgu datang. Dia pandang, aku pandang dia. 

" Bak sini tangan kiri kau! "

Aku dah terkebil-kebil. Tengok-tengok kat tangan aku ada siker warna hijau tulis no 56. Aku gabra tahap apa dah, tak tahu nak cakap. Jujurnya aku tahu apa maksud stiker tu. Tapi aku tak boleh nak percaya. Kawan rapat aku, dia pandang aku dengan muka bersinar-sinar and cakap tahniah. Aku tak habis-habis menidakkan. Bila kena beratur kat luar dewan pun aku tak habis menidakkan walaupun tahu dah apa maksudnya. Sampai ke hari ni, aku tak percaya apa yang aku dah capai, walaupun aku dah tenung, tatap slip result aku. Jelas-jelas dah kat situ. Betapa aku tak sangka. 

================

MEDIA BUAT HAL?

Kecoh dalam group batch aku pasal ada satu media ni dia buat cerita pasal "SBP ditegur agar jangan melampau membuat sambutan hari kecemerlangan pelajar sehingga terlalu mengangkat pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan".

Haih, aku sumpah tak tahu nak cakap apa.

Macamnilah eh, sekolah lain semua dah graduasi. Sekolah aku ni pula dia buat pada hari yang sama ambil result majlis graduasi tu. Point lain, semua batch aku naik pentas pada hari itu. Tidak ada yang dikecualikan kecuali mereka yang tidak dapat hadir. Kami semua diraikan. Sedangkan sekolah lain punya majlis graduasi lagi grand. Buat kat hotel. Habis seratus lebih juga untuk majlis graduasi. Kitorang buat kat sekolah je. Mungkinlah nampak macam meriah sebab ramai orang. Imagine lah, batch kitorang je ada 307 pelajar. Campur mak, ayah, atuk, nenek, pakcik, makcik, adik, abang, kakak, cikgu-cikgu.. Tak ke nampak meriah? 

Begitulah luahan hati kami. 

Bukan apa, dah bertahun buat macam ni. Kamu dah graduasi, kami? :') 

Dia jadi cetus kontroversi sebab gambar yang diorang letak untuk posting tu gambar sekolah kitorang. Tu yang terasa tu. Nak letak gambar untuk cerita macam tu, hati-hatilah. huhuhu Rasa nak suruh sekolah tutup pintu untuk media je. HAHA 


NETIZEN PULA BUAT HAL??

Sorrylah panjang sikit entri ni. Aku tak puas hati sebenarnya. HAHA 

Aku ada kawan. Dia dapat 11A+ dalam SPM. Muka dia memang popular lah dekat blog-blog berita en. Kes ni dekat twitter. Biasalah, orang akan tanya, " apa rahsia kejayaan anda? " Kawan aku ni cakaplah "rahsianya ialah amalkan membaca yasin setiap hari". Batch kitorang memang selalu amalkan baca yassin pagi-pagi dekat musolla lepas subuh. Aku je yang selalu tak join sebab bangun lambat pagi-pagi. Selalu masbuk pula tu. HAHA baik sikit solatlah dulu, pastu bergegas mandi. Jahat kan aku? Tu aku tak percaya aku dapat result macam tu. Baiknya Allah. 

Sambung balik, pastu ada lah orang tweet cenggini.

" maksudnya org cina dan india tak baca yassin tu dpt keputusan yg paling teruklah spm tahun lalu"


Mengeluh panjang aku baca.

Macam mana nak cakap eh, kepercayaan kita lain-lain tau. Sedangkan rezeki yang Allah nak bagi ni, Allah boleh nak bagi kat sesiapa je. Ramai jugak kita dengar orang yang berjaya ni daripada orang cina dan india kan? Tapi adakah kepercayaan dia pada islam? Tidak. Aku ada kawan, dia memang solehah. Solehah sangat. Tapi dia tak dapat pun straight A. Kenapa dia tak dapat? Allah kejam ke? Tak. Allah tak kejam. Allah tahu apa yang terbaik untuk dia. Semua ibadah yang kita buat ni hanyalah sebagai satu jalan untuk Allah redha kat kita. Tapi tolong sangat, ikhlas dalam ibadah.

Ramai daripada kita ni bertuhankan peperiksaan. Bila periksa je jadi baik. Selalu baca quran, duduk kat sejadah, berzikir. Dah habis exam semua hilang. Dengan ikhlas tu kita takkan rasa kecewa dengan Allah. Memang tak patut pun kecewa, tapi aku tahu ada je. Allah suruh kita terima qada qadar. Bahkan semua itu ialah salah satu daripada rukun iman kita. 

Itu jelah nak story hari ni. Lepas ni aku dah sibuk, dan mungkin tak banyak entry yang aku mampu buat. Maafin gue ya. 

You May Also Like

1 comments

  1. JADIKAN AGEN KAMI MENJADI FAVORIT ANDA ,
    AYOO BERGABUNG BERSAMA RIBUAN MEMBER KAMI YANG LAINNYA
    HANYA DI HTTP :// WWW.ARENA-DOMINO.COM
    BONUS ROLLINGAN TERBESAR 0,3 % SETIAP MINGGUNYA .
    Untuk keterangan lebih lanjut, segera hubungi kami di: WA : [+855]964967353

    ReplyDelete