MY FIRST SEMESTER LIFE

by - 16:58

Assalamualaikum

Minta maaflah sebab entry sebelum ni quite 'dark' cause I was overwhelmed that night. Waktu tu malam terakhir aku dekat CFS for semester 1. Dan malam itu jugak ialah malam terakhir aku untuk study for my last final exam paper. Aku tak tahu kenapa aku rasa sangat-sangat malas dan pada waktu yang sama aku menyalahkan diri aku 'kenapa kau malas, kenapa kau tak study'. I did push myself to study malam tu, but I can't. Aku mula risau macam mana aku nak jawab paper esok, can i get that 4 flat for this semester and etc. I felt very anxious that night and I ended up crying. 

Esoknya aku bangun awal, (tak awal mana pon), aku gunakan masa yang ada untuk habiskan semua chapter yang aku tak baca. Aku try revise balik apa semua. I still not feel confident when I walked into the exam room, I did forget some facts but I think positively that Allah will help me and maybe this is the Qadr and Qada' that He had planned for me. Akhirnya, aku bolehlah juga jawab. Insyaallah. :,)



QUIZZES & TESTS

Aku mula sedar kehidupan kat universiti macam mana. Every week mesti ada quizzes, tests. For me, baguslah ada quiz, tests apa semua sebab bagi aku kalau takde benda ni, bila final exam nanti memang naya lah kau nak revise balik dari awal sampai habis. Sekurang-kurangnya kalau dah pernah ada quiz, test for some topics, kita senang nak revise balik masa final exam nanti. Sejujurnya, agak stress jugaklah bila every week ada je quiz. Weekend pula ada program. Tak cakap lagi ada discussion for certain assignment yang memerlukan kerjasama in group. So untuk study sendiri tu memang susah jugaklah nak cari masa. 

I was thinking, aku yang takde jawatan pun dah panik bila banyak benda tak settle lagi, macam manalah mereka yang ada jawatan? Salute! Alhamdulillah lah Allah tak bagi aku jawatan in foundation. Kalau tak meroyan aku kang sebab tak bersedia dengan tanggungjawab dan terkejut dengan kehidupan pelajar asasi.



BELAJAR LAJU!

Dulu kat sekolah mesti cikgu akan cakap, siapa yang boleh belajar laju tu boleh lah ambik Asasi atau Matrikulasi. Maka terbukti ya memang kat Asasi belajar laju! HAHAHA. Satu hari satu topik. Kalau satu topik tu panjang sikit, satu hari satu sub topik. Kadang-kadang 2-3 sub topik pun boleh balun dalam masa 2 jam! Nasib baiklah kebanyakan topik yang dicover masa sem 1 ni topik yang dah pernah belajar masa SPM. Dapatlah pickup. 


ASSIGNMENT

Disebabkan aku ARTS student, assignment banyak memerlukan kami berinteraksi dengan manusia. We need to do a presentation, solve problem that is happening in CFS, doing business for 2 months and also Exhibition. Aku suka berinteraksi dengan manusia so aku happy dan enjoy dengan assignment ni. Tapi of course ada juga assignment yang 'sakit' untuk aku buat especially yang kena selesaikan masalah yang berlaku dekat CFS. We need to use critical and creative thinking to solve the problems, kena buat poster lah, temu ramahlah, lecturer strict. Oh my god... Alhamdulillah dah tamat dah semua tu! I just hope that I will pass for that subject because it will ruin my sem 2 if I need to repeat that subject. HAHAHA



INTERESTING PROGRAMMES

Dekat universiti ni for me program-program yang dibuat interesting and able to develop my skills and knowledge. Ada macam-macam talk, Humanity Night, Ambang Merdeka and etc. Performance pun lebih gempak daripada masa kat sekolah dulu. I look forward for the upcoming sem programmes!




Aku dah kebuntuan idea. I'm sorry that this entry is very personal. I knew that not everyone loves to know about other personal life if it doesn't give any benefits to you. Sorry again. Thanks for reading. My followers are very sendu right now because aku menghilangkan diri lama gila. Bila muncul cakap macam orang dah putus harapan pulak en! Aduh ngek ngok betul Seha! HAHAHA. Stay tuned for my next entry. I will be talking about my new International friend from the UK that opens my eyes about Islam and how she lives as a Muslim in the UK.

so, tu jelah aku nak story.

You May Also Like

0 comments