MOVIE REVIEW: A TAXI DRIVER (2017)
Genre: Action, Drama
Directed by: Jang Hoon
Produced by: Park Un-kyoung, Choi Ki-Sup, Ryu Jun-Yeol & Yoo Hae-Jin
Written by: Eom Yu-na
Casts: Song Kang-ho and Thomas Kretschmann
Production Company: The Lamp
Distributed by: Showbox
Running time: 137 minutes
Release date: August 2, 2017
Trailer
Filem ini ialah filem berdasarkan kisah benar yang pernah berlaku di Gwangju, Korea Selatan pada tahun 1980. Mengisahkan tentang pengorbanan dan sumbangan besar yang telah dilakukan oleh seorang pemandu teksi yang hanya dikenali sebagai Kim Sak-Bo dalam membantu seorang wartawan Jerman bernama Jurgen Hinzpeter untuk memberitahu dunia tentang kisah kekejaman sebenar yang berlaku di Gwangju. Pada ketika itu, keadaan di Gwangju tidak aman kerana berlakunya kebangkitan demokrasi. Tentera telah bertindak kejam terhadap penduduk Gwangju dengan membunuh dan mencederakan mereka. Lebih menyayat hati, berita mengenai keadaan di Gwangju yang disebarkan di seluruh Korea adalah tidak benar! Selagi kebenaran tidak ditegakkan, selagi itulah penduduk Gwangju akan terseksa. Kerana itulah Jurgen Hinzpeter menjadi seorang yang penting dalam kisah ini kerana hanya beliau sahaja yang dapat mendedahkan kebenaran tentang apa yang berlaku di Gwangju.
Kerana identiti sebenar Kim Sak-Bo tidak diketahui, latar belakang Kim Man-Seob (watak utama) di dalam filem ini hanyalah fiksyen. Di dalam filem ini, Kim Man-Seob merupakan seorang duda yang kematian isteri dan mempunyai seorang anak perempuan. Dia juga mempunyai masalah kewangan dan mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan. Semasa dia sedang makan bersama rakannya, dia terdengar seorang pemandu teksi lain mengatakan yang dirinya telah ditempah oleh seorang penumpang berbangsa asing yang ingin ke Gwangju dengan bayaran 100,000 won. Tanpa berfikir panjang, Kim Man-Seob telah 'mencuri' penumpang pemandu teksi tersebut dek kerana dia sangat-sangat memerlukan wang ketika itu. Dari sinilah bermulanya pengembaraan Kim Man-Seob dan penumpang berbangsa asing iaitu Jurgen Hinzpeter.
Babak (Scene) yang paling menarik bagi aku ialah semasa pemandu-pemandu teksi Gwangju bekerjasama untuk menghalang tentera daripada menangkap Kim Man-Seob dan Jurgen Hinzpeter. Mereka sanggup mati asalkan mereka berdua berjaya untuk memberitahu dunia tentang kebenaran yang berlaku di Gwangju. Kisah ini sangat menyedihkan kerana ramai yang telah terbunuh untuk menegakkan kebenaran. Maaflah, aku tak jumpa pula gambar-gambar untuk scene yang aku maksudkan.
Character Development dalam filem ini juga sangat menarik. Kim Man-Seob yang pada mulanya sangat mementingkan diri sendiri telah berubah menjadi seorang yang sangat baik dan sanggup membahayakan nyawanya untuk menolong penduduk Gwangju. Aku sendiri geram betul dengan perangai Kim Man-Seob ni. Tapi mungkin kerana kisah hidup dia yang agak susah menyebabkan dia berperangai sebegitu. Apa-apa pun, pengorbanan Kim Man-Seob dalam ekspedisi ini memang layak diberi penghormatan.
Overall, cerita ni sangat menarik untuk ditonton! Kalau tak tahu nak tengok movie apa, bolehlah tengok movie ni.
Instagram: @blog.nasihattermasyhur
5 comments
ada ternampak movie ni kat tvn tapi tak sempat nak tengok..
ReplyDeletehttps://www.tiarasaphire.com/2021/02/drama-china-to-love-2020.html
and my dad is a taxi driver ehehehe h
ReplyDeleteAda kawan rekemen juga citer ni best. Tapi belum tengok lagi
ReplyDeleteMaam pernah tengok. Tapi dah lupa.
ReplyDeletemak aih lamanya myra x tgk movie Korea lol
ReplyDeleteBlog | The Grey Lines Between