MOVIE REVIEW: VIVARIUM

by - 20:03

    Mesti korang pernah dengar cerita hantu atau mistik dekat Malaysia pasal orang yang memandu asyik pusing-pusing dekat tempat sama dan tak boleh cari jalan keluar. Seram kan? Sampai tak tahu nak buat apa dah untuk keluar daripada tempat tu. Movie vivarium ni lebih kurang macam tu lah. Tapi cerita ni tak terhenti sampai di situ sahaja. Ada benda-benda lain yang lebih menyeramkan dan misteri dalam cerita ni. Jom kita baca serba sedikit tentang cerita ni dan apa pandangan aku tentang cerita ni.

Released year: 2019

Starring: Imogen Poots & Jesse Eisenberg

Genre: Science fiction thriller

    Movie ni dimulakan dengan menunjukkan kepada penonton bagaimana burung cuckoo menjadi parasit kepada burung-burung lain. Ada seekor burung cuckoo ni telah bertelur di dalam sarang burung yang bukan miliknya. Bila telur burung cuckoo ni menetas, anak burung cuckoo tu menolak semua anak-anak burung yang lain keluar daripada sarang. Akhirnya, anak-anak burung tu pun mati. Walaupun anak burung cuckoo tu dah bunuh anak-anak burung yang lain, ibu burung (pemilik sarang) tu tetap membesarkan anak burung cuckoo tu walaupun tu bukan anak dia dan dia dah bunuh anak-anak dia yang lain. Pada mulanya, aku tak faham kenapa babak ni perlu ditunjukkan. Tapi babak inilah yang paling penting untuk difahami sebab ia sangat berkait rapat dengan konsep cerita ni.

    
    Movie ini pun diteruskan dengan memperkenalkan watak-watak utama iaitu Gemma seorang guru dan Tom seorang tukang kebun di sekolah tersebut. Mereka berdua merupakan sepasang kekasih dan sedang mencari rumah yang sesuai untuk mereka berdua. Selepas tamat waktu persekolahan, mereka berdua pun pergi ke sebuah ejensi harta tanah. Setibanya di sana, mereka berjumpa dengan Martin, pekerja di ejensi tersebut. Dipendekkan cerita, selepas didesak oleh Martin, Gemma dan Tom bersetuju untuk mengikut Martin ke rumah yang disebut-sebut oleh Martin sebagai rumah yang tepat untuk mereka. 

Martin

    Selepas beberapa ketika, sampailah mereka ke kawasan perumahan yang bernama Yonder. Semua rumah di Yonder ni mempunyai design dan warna yang sama. Apa yang membuatkan ia lagi pelik ialah awan-awan di kawasan perumahan ni. Awan-awan dekat situ semuanya serupa! Realitinya, awan-awan yang kita selalu tengok ada macam-macam bentuk. Kadang-kadang menyerupai haiwan, orang. Kalimah Allah pun ada betul tak? Tapi awan-awan dekat sini, semuanya berbentuk awan yang kita selalu lukis masa kecil-kecil. Tapi awal-awal tu Tom dengan Gemma tak perasan pun semua ni. Mereka cuma fikir untuk tengok-tengok rumah sahaja. 

Kawasan perumahan Yonder

    Nak dijadikan cerita, selepas habis tengok-tengok rumah, Martin hilang. Tom dan Gemma dah puas cari Martin, tapi masih tak jumpa. Mereka pun buat keputusan untuk balik je rumah. Disebabkan rumah-rumah dekat Yonder ni semuanya sama, agak sukar untuk mereka berdua keluar daripada kawasan perumahan ni. Yang peliknya, ambiklah simpang mana-mana pun, mereka berdua akhirnya akan sampai semula ke rumah yang mereka tengok-tengok sebelum ni (rumah no 9). Seolah-olah mereka hanya berpusing-pusing di tempat yang sama. Akhirnya Gemma dan Tom terpaksa juga bermalam di rumah tu sebab kereta dah habis minyak. 


    Usaha untuk keluar daripada Yonder pun diteruskan keesokan harinya. Kali ini, mereka terpaksa berjalan kaki sebab kereta mereka dah habis minyak. Mereka pun berjalan dan berjalan. Malangnya, mereka sekali lagi sampai di rumah no 9. Tapi kali ini, mereka ternampak ada satu kotak ditinggalkan dekat depan rumah. Mereka pun buka kotak tersebut dan mendapati terdapat bekalan makanan dan barang-barang keperluan yang lain. Nampak macam ada seseorang yang nak mereka tinggal dekat Yonder kan? Sampai bagi bekalan bagai. Fuh! 😥 Dalam keterdesakan waktu tu, Tom buat keputusan untuk bakar rumah no 9 tu sebagai isyarat api. Tom dengan Gemma akhirnya tertidur di tepi jalan pada malam itu. 

    Cuba teka apa jadi esok pagi. Jeng3.. Ya!! Rumah tu elok seolah-olah tak pernah terbakar pun! Seram uiii. Diorang terperangkap dekat mana ni sampai macam tu sekali. 😩 Ingatkan tu je kejutan untuk diorang berdua pagi tu. Rupanya ada lagi satu kejutan. Mereka berdua dapat lagi satu bungkusan yang baru pagi tu dan isinya ialah seorang bayi lelaki. Bersama-sama dengan bayi tu, ada nota yang ditinggalkan: "Raise the child and be released". Akhirnya mereka pun menjaga bayi tersebut sehingga dewasa dan dalam waktu yang sama mencari jalan untuk keluar daripada Yonder. Ha, mesti korang bayangkan yang diorang duduk dekat situ bertahun-tahun kan? Yelah, kena jaga budak tu sampai besar kot. Tapi sebenarnya, tak sampai setahun pun diorang tinggal kat situ budak tu dah besar! Hari ke-98 mereka berdua terperangkap di Yonder, bayi tu dah jadi budak baya-baya sekolah rendah dah! 





    Apa yang aku boleh katakan, semua benda pasal budak tu pelik. Kalau korang tengok cerita ni, korang sendiri pening dia ni manusia ke, alien ke atau makhluk apa dia ni??? I would say, he is not a human lah. Nampak je macam manusia, but he is not. Kalau korang nak tahu betapa pelik dan seramnya budak ni, korang kena tengok sendiri cerita ni.

    Personally, aku suka jalan cerita movie ni. Nampak smooth dan selalu buat orang tertanya-tanya. Makin lama tengok cerita ni, makin banyak benda-benda pelik yang berlaku. Thrill ke tengok cerita ni? Bagi aku thrill lah juga lagi-lagi part masa bayi tu dah jadi budak-budak. Overall, aku suka tengok cerita ni and aku recommend sangat-sangat untuk korang tengok cerita ni juga. Korang mungkin akan agak pening dengan ending cerita ni. But trust me, kalau korang search ending explanation cerita ni dekat google, korang akan faham. 

Personal rate: 8/10


You May Also Like

0 comments