Ikhtilat, Punca Rosaknya Akhlak Remaja

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

Acaner kesihatan teman teman blogger sekalian? sihat? Alhamdulillah, kalau sihat.. Baiklah, Nas ada soalan.. Pernah dengar perkataan Ikhtilat? Ikhtilat? Ape tuuuu??? hehe.. Ikhtilat bermaksud 'Percampuran Antara Lelaki dan Perempuan' Kenapa Nas kate Ikhtilat tu punca rosaknya akhlak remaja sekarang? Ok, rileks... jangan marah marah.. Biar Nas terangkan dulu.. tarik nafas~ lepas... fuhhh

Ok, kita telah sedia maklum yang bercouple itu haram.. berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram itu haram.. (contoh2 zina and maksiat) but! kita sedar tak yang mendekati zina itu juga haram??

Allah ada menyebut dalam surah al isra' yang bermaksud "dan janganlah kamu mendekati zina" jadi telah jelas bahawa mendekati zina itu haram.. dan Ikhtilat itu ialah perkara yang mendekati zina..
Ok, Nas malas nak bebel panjang lebar pasal ikhtilat, korang layan video bawah ni dulu.. k?
Ambil segala input yang diberi.. alright?


faham? Hukum asalnya ialah haram.. tetapi diharuskan dalam 3 keadaan. Dakwah, Darurat dan Harus. Maksudnya kita tidak boleh bergaul antara berlainan jenis melainkan perkara yang penting SAHAJA! Mesti ada yang tertanyakan, kalau kene jaga ikhtilat , macam mana nak cari jodoh?? Well, ikut cara nabi lah.. Cari orang tengah.. Kakak ke abang ke ayah ke mak ke nenek ke atuk ke mak cik ke... dan kalau kita nak mengenali pasangan kite tu, kite tanyelah mak die ke, ayah die ke, kawan kawan dia ke, adik beradik ke.. jangan tanya orang bangla pulak.. hehe.. gurau2.. maaf ye.. sedikit selingan.. asiff! hehe..

Tapi, ada satu lagi perkara yang Nas nak sentuh dalam ikhtilat.. Nowadays, orang ramai jage ikhtilat dalam realiti.. but, how about in media social?? Nope.. diorang (mostly) bajet2 je jage ikhtilat.. kat tweet, fb, ig selamba badak je nak komen, chat, etc.!Marah ni.. marah ni! hehe well, layan video ni pulak


sekejap je kan?? hehe.. rase annoying lak dengan background lagu angry bird die tu.. hehe.. but, ambil apa yang die cuba sampaikan.. alright?

Sedar tak disebabkan ikhtilat, kita melakukan maksiat.. macamnilah. kita berborak dengan si dia.. berborak ni ikhtilat tau! bile dah tahu hati budi masing-masing, timbul cinta.. lepas cinta luahkan.. lepas luahkan couple.. bile couple terlepassss buat benda tu.. Allah.. jauhkanlah kami daripada perkara itu.. Nampak kaitannya? that's way ikhtilat ni bahaya! disebabkan bahayalah, allah dah bagi amaran siap2..

Masih tak rasa nak berubah? Ingatlah, perkara yang haram itu berdosa! Tak takut dosa? Ke, dah pasti masuk syurga? so, nak buat dosa lagi.. yelah, dah pasti ahli syurga... (angkat kening) Dunia ni dah tua.. dah bongkok tiga dah! Entah entah dah nak terbaring dah pun! Yakin ke jumaat ni tak kiamat? Tak payah cerita pasal kiamatlah.. cerita pasal MATI. Pasti lagi 5 saat anda baca lepas ni masih hidup, masih bernafas? fikirlah sendiri..

Nak berubah tak? (angguk cepat!) hehe.. meh, Nas ajar.. (angkat kening bertubi tubi) nah, tengok dulu video lawaks kat bawah ni.. wuut wuut! hihi


Haa.... Itulah caranya.. first! tundukkan pandangan! Second, pastikan jarak antara satu sama lain tak rapat.. lebih kurang 2 buah meja.. Jangan 1 km lak! hhehe.. Third! Chat off sume friends lelaki anda..
Fourth! Ingat Ikhtilat itu Haram! Berdosa! And belum tentu kita hidup lagi 5 saat.. (tak habis2 5saat.. hihi) Cuba bayangkanlah, kita mati dalam keadaan membuat dosa.. agak2, tempat kita kat akhirat kat mana?

Oklah, rasanya ini sahaja yang Nas mampu sampaikan.. Nas pun still dalam proses untuk berubah menjadi lebih baik.. but not in ikhtilatlah.. Nas punya soal zina mata dan hati.. Allah.. huhu.. Nas doakan yang terbaik untuk teman blogger yang ingin ikut berubah sama..

kalau rasa tak mampu, ingat! Bukan semua manusia boleh masuk ke syurga.. sebab syurga itu mahal! Dan kita kena berusaha untuk dapatkan syurga itu.. Nak give up? tengok dah sampai mana kita berubah.. takkan nak stop tengah jalan? Kira macam, it just waste your time..  Macam korang basuh pinggan jugak.. takkan sampai letak sabun je.. tak bilas dengan air. sebab dah give up. penat. lutut nak tercabut sebab berdiri lama sangat.

Jangan pernah berhenti berubah.. Mengadu pada Allah kalau rasa nak stop! nak give up! Doa pada Allah, supaya bantu kita untuk berubah.. kuatkan iman.. kuatkan semangat.. 

 Satu jelah nak cakap, Kalau ikhtilat pun tak boleh jaga, macam mana nak jaga amalan fardhu yang lain?


No comments:

Post a Comment