Too Much Information Tag!

23:58:00

Hello! Lama tak berceloteh kat sini. Maklumlah otak ni bersarang dah. Idea untuk menulis tak datang-datang pula. Walaupun hati ni nak sangat update benda baru. Kalau boleh every week! Actually Nas nak buat short story, tapi itulah, idea tu tak datang-datang. Mana nak berkembang otak kalau 24 hours main game. yes, I main game. You could say I'm a gamer or whatever. haha. yeke?

Pagi tadi, hidayah idea baru je berlabuh di pelabuhan minda Nas. hiperbola gile pompuan ni. Bisik anda di dalam hati. Ada orang bagitahu Nas pasal TMI Tag. TMI Tag ni Q&A kind of post. Nas ada 50 soalan untuk dijawab.Harapnya korang baca Q&A ni dengan kesabaran yang tinggi, sebab post ni gerenti panjang meleret. Tapi Nas rasa this post would be fun to read! Moreover, you guys would know me better after reading this post! Nas pun tak cerita pasal diri Nas sangat. So, enjoy!
* soalan ini dalam bahasa inggeris, tapi Nas nak jawab dalam bahasa ibunda kita. Nas tak reti sangat nak spaking-speaking ni. hehe..*
Q1: What are you wearing?
Disebabkan holiday Nas tidak se-gah orang lain yang pergi travel lah makan angin lah, Nas lebih bertapa di rumah. Jadi Nas pakai t-shirt and seluar track je. Comfy!

Q2: Ever been in love?
baru soalan no 2 dah bagi soalan maut! cehh! to be frank, yes... jangan tanya lebih, that's all I wanted to say.

Q3: Ever had a terrible breakup?
yes. lesson that I got, don't ever falling in love with a playboy! k, bye .

Q4: How tall are you?
Nas ketot jer. 152 cm. harapan untuk tinggi lagi dah pupus. Tapi kalaulah ada keajaiban.. I would be so happy!

Q5: How much do you weigh?
45 kg last time Nas timbang. Entahlah bertambah ke tidak. Macam bertambah? Yelah, hari-hari dipam-pam masuk makanan dalam perut ditambah lagi dengan aktiviti tidak sihat yang berpanas punggung duduk 24 jam mana tak bertambah kan?

Q6: Any tattoos?
nope and never.

Q7: Any piercings?
nope. Nas tembak pun belum.

Q8: OTP?
This might be weird, but they are so cute! Sarang and Yuto


 Q9: Favourite show?
The return of superman! awww, I love kidss

Q10: Favourite bands?
EXO and B.A.P Alright, now you can say I'm a kpopper or whatever.. But, actually I'm not that fanatic kpopper!

Q11: Something you miss?
my bestfriend time sekolah rendah.

Q12: Favourite song?
Nas selalu dengar macam-macam lagu. Tapi, baru-baru ni lagu B.A.P skydive. Itu pun untuk beberapa kali pastu dah bosan. Dengar lagu lain pula. Bila dengar balik, suka lagi. ermmm, cemtulah.

Q13: How old are you?
15 years old.

Q14: Zodiac sign?
pisces

Q15: Quality you look for in a partner?
Paling utama semestinya yang mampu memimpin diri ini lebih dekat kepada ilahi. Wajib ada ialah kejujuran, kesetian, pembersih dan PENYABAR. Nas buat huruf besar sebab itu sangat sangat sangat sangat penting.

Q16: Favourite quote?
"Reality is crueler than you think" - Yoshimoto-sensei. haha, ini takdelah melekat macam cap gajah dalam hati Nas. Ini pun diambil daripada salah satu dialog dalam drama jepun 'Kazoku Game'. Honestly, I don't know what is my favourite quote is. Sebab Quote ni Nas hanya akan mencari bila ada masalah dan selalu bertukar2.

Q17: Favourite actor?
Beto Kusyairy. Dia tak hensem, tapi suka tengok dia berlakon.


Q18: Favourite colour?
Purple, hijau, putih.

Q19: Loud music or soft?
Ikut keadaan.

Q20: Where do you go when you're sad?
Nas kalau nak meluahkan apa-apa perasaan pun Nas akan tulis dekat diary. Bagi Nas itu sudah cukup memuaskan!

Q21: How long does it take you to shower?
Selalunya 15 minit. Kalau nak menyental-nyental hampir sejam. Kalau kat hostel pula paling cepat 30 minit termasuk basuh baju. yup, with hands.

Q22: How long does it take you to get ready in the morning?
tak tengok jam. Mungkin 15 minit?

Q23: Ever been in a physical fight?
Yes, dengan kakak. Gaduh tarik-tarik rambut depan tangga sebab dia tu sangat annoying dan tak sensitif dengan perasaan orang.

Q24: Turn on's?
seronok untuk berbual, baik dan fikir dulu sebelum cakap.

Q25: Turn offs?
merokok, mulut laser, talam dua muka.

Q26: The reason I joined blogger?
Because I love to share something that I know and what I felt. Tambahan pula, Nas suka menulis jadi cocok sangatlah kan?

Q27: Fears?
dengar atau baca pasal hari kiamat.

Q28: Last thing that made you cry?
Lepas jawab kertas Matematik. AHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

Q29: Last time you said you love someone?
Tak ingat.

Q30: Meaning behind your blog URL?
nasihattermasyhur diambil daripada maksud nama Nas sendiri. Naseha Syahira

Q31: Last book you read?
Art of Deception by Jerry D.Gray

Q32: The book you're currently reading?
Impiana: Perangkap Pertama by Ain Maisarah. This is my second round I guess??


Q33: Last show you watched?
10 deadliest snake in Malaysia? Tu kot tajuknya. LOL

Q34: Last person you talked to?
my sister

Q35: The relationship between you and the person you last texted?
closefriend

Q36: Favourite food?
ice cream? makanan lah tu kan? hehh

Q37: Place you want to visit?
Japan and Makkah

Q38: Last place you were?
Aeon big

Q39: Do you have a crush?
tak tahulah si dia itu dikira crush atau minat je. entah, malas nak fikir.

Q40: Last time you kissed someone?
my younger sister. hari-hari cium dia walaupun dia menyampah. Padan muka dapat kakak macam ni! hahahaha *gelak jahat

Q41: Last time you were insulted?
hari-hari oleh kakak sendiri. Dia kan laserrr. nyampah aku

Q42: Favourite flavour of sweet?
Apple and milk strawberry.

Q43: What instruments do you play?
guitar maybe? boleh main dua lagu je lah. But I really want to try caklempong!

Q44: Favourite piece of jewellery?
bracelet.

Q45: Last sport you played?
jogging? kira sport ke?

Q46: Last song you sang?
Silent scream - Anna blue. Adik beradik Nas suka dengar lagu tu. Nas tak suka. Tapi sebab semua asyik nyanyi, Nas pun terikut-ikut.

Q47: Favourite chat up line?
takde. hehh

Q48: Have you ever used it?
no, because I don't even think about it.

Q49: Last time you hung out with anyone.
my family. Pergi MAHA 2016 di Serdang. Masih boleh pergi lagi bagi yang tak pergi lagi.

Q50: Who should answer these question next?
KORANG! sape yang naklah. Kalau ada yang nak tu bolehlah comment kat bawah. Dapat juga menaikkan trafik blog korang kan kan? hehehe

You Might Also Like

2 comments

  1. Ok aku buat. Tapi cemana nak bawak soalan ni pergi ke blog aku ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. type sendiri.. hehe. hard work sikitlah

      Delete

Popular Posts