BILA MANUSIA JADI TUHAN


Setiap manusia itu takkan pernah lari daripada melakukan kesalahan. Ya benar. Sebab itu tuhan itu maha pengampun dan membuka seluas-luasnya pintu taubat. 

Tapi aku nak tanya satu soalan.

Mudah ke untuk berubah?

Ramai yang akan katakan tidak. Betul. Semua tahu akan hakikat itu. Tapi aku tak tahu kenapa, manusia itu tak pernah ada rasa sabar. Kenapa aku cakap begitu?

Ada manusia yang buat kerja dakwah. Tak, dia bukan ustaz atau ustazah. Cukuplah kita membayangkan sebagai seorang sahabat dalam konteks ini. Sahabat yang ingin menarik sahabatnya yang hampir jatuh ke lubang jahannam untuk bersamanya ke syurga. 

TEGURAN.

Dalam kerja dakwah, mesti ada teguran supaya manusia itu sedar akan kesilapannya. Tapi, ada caranya untuk menegur. Aku nak tanya, adakah menegur tanpa mengaibkan itu cukup sekadar tidak menyatakan nama orang yang ingin ditegur tersebut di khalayak ramai sedangkan setiap butir peluru yang penegur katakan itu semuanya hanya terarah kepada seorang? yakni dia yang ditegur? Bagi aku itu juga mengaibkan. Bagi aku, lebih baik tegur secara personal berbanding menegur dikhalayak ramai.

Kadang bila mendakwah itu perlu berfikiran rasional walau dalam keadaann emosi berkecamuk sekalipun.

PERUBAHAN.

Berbalik kepada persoalan aku yang pertama. Untuk berubah itu bukan mudah, dan aku harap semua dapat fahami konteks ini. Berubah bukan boleh berubah dalam masa 2-3 hari. kadang memakan berbulan. kadang makan bertahun. Bila manusia itu terlalu taksub untuk mengubah orang, boleh resign daripada title dai'e. Naik pangkat jadi tuhan. Ingat, yang memberi hidayah itu tuhan. Bukan engkau!

Yang bergelar manusia, aku mohon beri masa untuk mereka berubah. Tolong faham yang dia bukan sekadar melawan diri daripada melakukan dosa tersebut, tapi juga melawan emosi dan dirinya sendiri. Dan itu bukanlah satu kerja yang mudah. Aku mohon minta semua faham dan bertenang. Jangan terus mengeji bila kau rasa dia tak berubah. Mungkin ada yang malas nak dengar. Tapi ada juga yang sedang berubah, tapi engkau tak nampak perubahan yang dia sedang buat itu. Kau tak nampak pertarungan hebat dia dengan diri sendiri. Dengan emosi. Dengan nafsu. Tolong faham dan tolong beri masa.

Bila manusia itu terlalu taksub untuk mengubah orang, boleh resign daripada title dai'e. Naik pangkat jadi tuhan. Ingat, yang memberi hidayah itu tuhan. Bukan engkau! 

No comments:

Post a Comment