SILA BACA UNTUK TAHU TENTANG ASASI DI UIAM GAMBANG
Assalamualaikum
Aku selalulah dapat soalan-soalan tentang CFS IIUM Gambang ni. Selalunya aku jawab dekat comment youtube, instagram dengan email. Memandangkan aku takde bahan nak bercerita atau benda-benda yang bermanfaat dan menarik untuk dikongsikan, aku rasa this is the right time to help adik-adik (ecewah, macam tua sangat. puihhh asasi pon tak habis lagi HAHAHA) yang ada persoalan tentang Centre for Foundation Studies International Islamic University Malaysia Campus Gambang. (CFS IIUM). Ha gituwhhh...
pic was taken by a student of CFS IIUM |
1. Semua student Asasi study dekat Uia Gambang ke?
Ya. Semua student tanpa mengira apa jenis course pun akan study di UIAM Gambang. Dah nama pun pusat asasi kan. Lepas habis Asasi baru dibahagi ikut course sama ada ke Gombak, Kuantan atau Pagoh.
2. Jauh tak dari bilik ke kelas?
Agak jauh. Kalau awak lelaki, memang jauh. Sebab mahallah awak tu kat hujung sekali. Kelas pula hampir nak ke main gate. Tabahlah ye. HAHAHA
3. Persaingan dekat UIAM Gambang ni hebat tak?
Pergi mana-mana pun akan ada persaingan. Fokus untuk cemerlangkan diri sendiri okay. Jangan risau sangat tentang persaingan hebat ke tak hebat.
4. Saya tak pandai sangat English. Boleh ke saya bawa subjek-subjek ni?
Boleh, insyaallah jika awak berusaha untuk faham. Tapi jangan risau lah. Environment UIAM Gambang sendiri insyaallah boleh tolong untuk tingkatkan penguasaan berbahasa Inggeris awak. Akan ada kelas English Language bagi sesiapa yang tidak melepasi band yang telah ditetapkan.
5. Ujian EPT dengan APT tu apa?
EPT tu ujian Bahasa Inggeris. Ada 2 bahagian. Bahagian pertama, akan ada 4 petikan dan kita kena jawab soalan berdasarkan petikan tersebut. Untuk bahagian ni boleh senyum sikitlah sebab bulat-bulat je. MCQ. Bahagian kedua tepuk dahi sikit sebab ada 2 jenis karangan yang perlu dibuat. Karangan jenis yang pertama, soalan akan beri graf/data. Kita kena describe the data/graph. Karangan jenis kedua ialah Argumentative Essay.
APT tu ujian Bahasa Arab. Aku tak ingat sangat apa yang ditanya. Tapi karangan tu memang wajib ada. Ada jugak soalan suruh jawab kata seerti dan kata lawan bagi perkataan, soalan susun perkataan menjadi ayat yang betul. Kalau yang advance sikit adalah soalan-soalan untuk Nahu dan Sorof.
Semua pelajar tak kisah ada atau tidak background belajar bahasa arab, WAJIB menduduki peperiksaan ini. Jangan takut kalau tak pass kedua-dua exam ni sebab korang takkan kena buang universiti pon. Jangan overthinking macam aku ya. hahaha. Kalau tak lepas, korang hanya perlu add subject bahasa lah nanti. But believe me, belajar language dekat UIAM ni best. Happening je.
6. Boleh online shopping/terima barang pos tak?
Ya. Dekat sini ada EziBox Pos Laju dan satu tempat khas untuk pos laju jugak dekat bahagian Administration. Courier lain macam J&T, Ninja dan sebagainya pon boleh juga tapi dia akan hantar dekat Mahallah Office. Apa-apa pun, mungkin ada perubahan dan mungkin tidak.
7. Apa facilities yang ada di Mahallah?
Ada laundry, Reading Room (basically bilik berhawa dingin yang korang boleh study atau baca buku-buku yang disediakan dalam bilik tu), TV Room, Distress Room (Bilik untuk menghilangkan stress korang), Water Dispenser (Kena bayar), Gym, Koperasi dan Cafe. Tapi Cafe tu kongsi dengan Mahallah sebelah lah. Basically, satu Cafe, dua Mahallah. Setiap level pula ada tandas dan bilik basuh baju.
8. Satu bilik berapa orang?
Satu bilik 4 orang. Dapat katil sorang satu, locker sorang satu, meja study sorang satu, kipas sorang satu, 2 plug sorang satu. Ada ampaian kecik jugak dalam bilik. Cermin besar ada satu setiap bilik. Setiap loker pun ada cermin. Jadi, cukuplah untuk kau hidup dengan selesa.
9. Apa benda-benda yang tidak disediakan?
Selain daripada barang-barang peribadi kau, uia tak sediakan iron, iron board, penyapu, penyodok, bantal, sarung bantal, cadar, selimut dan tempat letak kasut (kalau tak kisah nak letak berderet kt lantai depan bilik sukati kau lah. Asal tidak mengganggu jiran dan tetamu nak berjalan).
10. Subjek-subjek di UIAM Gambang guna bahasa apa?
Dekat uia ni kita belajar dalam Bahasa Inggeris. Lecturer pon akan mengajar dalam Bahasa Inggeris. Students pon kena bercakap Bahasa Inggeris. Bila ada event apa-apa pun, kita akan guna Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. C'mon, this is International University! hehehe. Jangan panik dulu. Tidak semua pelajar boleh fasih berbahasa Inggeris. Just try okay. Dekat sini takde siapa nak gelakkan kau.
11. Boleh bawa kenderaan tak?
Strictly NO. Tak pakai kaki, kau naiklah basikal pergi kelas. Kereta dan motor tidak dibenarkan sama sekali.
12. Outing macam mana?
Outing setiap hari Jumaat hingga Ahad. Seawal 8 pagi dah boleh keluar dah tapi kau nak pergi mana? HAHAHA. Mall pon buka pukul 10 pagi. Selalunya pukul 9 lah orang keluar. Balik sebelum 10 malam. Kalau kau balik selepas daripada itu, silalah bayar saman RM50 ya.
Kau boleh naik grab, maxim atau bas rapid.
13. Ada mesin ATM tak?
Alhamdulillah ada satu. Sedih kan? Satu mesin nak tampung semua student dan staff. Maka banyak kali lah rosak atau duit dalam mesin habis. Aku harap time korang dah ada lebih dari satu lah. Sakitttt
ni jelah yang aku boleh fikirkan soalan-soalan yang mungkin diajukan. Kalau ada apa-apa soalan boleh comment dekat bawah or email me okay. By the way, kalau korang nak tengok suasana di CFS IIUM ni macam mana boleh tekan link ni https://www.youtube.com/watch?v=MrQayPCAGP4. That's my personal vlog about 'Life in CFS IIUM'. Dalam tu ada aku tunjuk kelas macam mana, koperasi, cafe and macam-macam lagi. so korang kena tengok!
Sampai di sini sahaja, bye.
29 comments
Waaa boleh tahan, byk ya yg menanya👍👍, mmg ada kekuatan yang tersendiri
ReplyDeletehai saya baru dapat masuk iium iron, iron board mmng tak sediakan ka. pastu pasai elaun setiap course
ReplyDeleteiron board tidak disediakan. Untuk Elaun, UIAM ada sediakan bantuan KPT untuk pelajar yang gaji family dia RM10 000 ke bawah
DeleteSalam,nak tanya sikit pasal KPT Bantuan Asasi. Macam mana nak tahu nama tersenarai atau tak?
ReplyDeleteNanti ada satu masa pihak yang berkaitan akan suruh apply kalau tak silap. 😊 Just wait for the announcement regarding KPT okay? 😊
DeleteAssalamualaikum kalau kos irk asasi berapa tahun?
ReplyDeleteSetahun 😊
DeleteAssalamualaikum. Kalau nak mohon iium gambang nanti ada interview tak ?
ReplyDeletetak ada. Sorry ya lambat reply comment. T^T
DeleteTeringin sangat nak tanya pasal asasi law .boleh saya contact akak saya nak tahu sangat sebb saya aliran sastera
ReplyDeleteHi. DM me on Instagram: @blog.nasihattermasyhur. So sorry tak perasan this comment.
Deleteasasi iium ni bila dah habis terus masuk iium juga ke? and saya ada terbaca kalau tak pass ept & apt tu kena extend, betul ke?
ReplyDeletehaah betul. kalau tak lepas juga apt and ept walaupun ambik kelas language kena extend. And yes, lepas habis asasi uia akan masuk uia terus
Deleteboleh ke kalau mohon nak masuk u lain?
Deleteboleh kot. Sebab ada kawan tiba-tiba pindah lepas a few weeks dekat cfs
Deletemaksud saya masa degree hehe
DeleteKalau betul-betul results bwh pointer 2.5 mmg akn kena buang dr CFS ke?
ReplyDeletehmmm saya tak sure lah ;) sorry
DeleteNak tanye asasi ada had umur x masuk?
ReplyDeleteStudent bole pakai purdah tak
ReplyDeletetak boleh awak. :)
DeleteStudent bole pakai purdah tak
ReplyDeleteStudent bole pakai purdah tak
ReplyDeleteHi akak, if u don't mind to answer my question.. Tempat untuk smbung ijazah nursing dkt mana ya? Or semua uia ada kulliyyah untuk nursing? Tq
ReplyDeleteIjazah nursing dekat kuantan campus
DeleteAssalam akak, lelaki boleh ke hisap vape/rokok kt sana? dlm bilik?
ReplyDeleteWassalam awak. tak boleh.
Deletehi sis, saya nak tanya selain taaruf week bila lagi boleh tukar course untuk asasi? harap2 sis reply,thankyouu!!
ReplyDeletehi there. Kalau tak silap, memang waktu taaruf week sahaja boleh tukar course. Tapi untuk lebih tepat boleh tanya AMAD ye.
Delete