USEFUL APPLICATIONS/WEBSITES FOR UNIVERSITY STUDENTS (MALAYSIA)

by - 13:27

ASSALAMUALAIKUM


Dengar cerita student CFS IIUM Gambang sesi 2020/2021 dah masuk. Selamat datang ye adik-adik! 😄 Terdetik pula nak share applications atau websites yang boleh membantu korang menyiapkan assignment dan project. Sharing ni tidak spesifik untuk student yang baru nak memulakan kehidupan selepas SPM sahaja tau. Bagi mereka yang dah lama menjadi students di peringkat universiti pun boleh juga. Tapi, aku pasti, pengalaman anda yang lebih tua daripada saya ni lagi banyak lah kot bab-bab applikasi atau websites yang boleh membantu kita untuk menyelesaikan assessment yang diberi oleh pensyarah. 

Perkongsian ini sepenuhnya daripada pengalaman saya sendiri.


1. CANVA



Canva is my all-time favourite graphic design platform. Bukan sekadar edit gambar, kita boleh edit poster, buat logo, edit instagram photos, instagram story, presentation, flyers, cards, infographic, business card, photo collage, etc. Literally, you can edit everything in Canva. The best part is, it is FREE. But of course, there are some limitations. Tapi walaupun kita tak boleh guna semua features yang ada, it is enough to create something amazing and beautiful. 

Selain tu, Canva pon ada sediakan macam-macam template yang cantik untuk setiap kategori. Kalau tak tahu sangat-sangat nak edit macam mana, takde idea nak design macam mana, pilih je daripada template yang dia bagi tu. Banyak ya. Memang rambang mata! Bukan sekadar template, kita boleh letak text, sticker, upload gambar daripada phone atau laptop dan banyak lagi. Aku tak ingat. HAHAHA. Korang boleh godek-godek sendirilah ya nanti!

Selalunya dekat universiti ni kita akan selalu bermain dengan poster, presentation slide, infographic dengan flyers. Sebab kadang-kadang, bagi sesetengah course, kita akan belajar subject Business. Selalunya bila Business ni, one of the assessment kena buka gerai dan menjual. So we need to make a poster about our shop so that people will know about it. Contoh lain, masa aku semester 1 haritu untuk subjek Economics, kitorang ada buat Exhibition. Jadi kitorang buat flyers and I used Canva. 

Jadi, kalau nak edit gambar, buat poster dan sebagainya, boleh gunakan aplikasi Canva ye!


2. INSHOT


FREE Video Editor for students. Bagi aku, guna Inshot pun dah mencukupi. First, sebab applications ni FREE. You don't want to spend money just for assignments kan? Plus, it's quite expensive actually. Why we should pay if we can get a free one right? Jadi Inshot ni bolehlah untuk hasilkan video yang menepati syarat-syarat yang selalunya lecturer nak. Kita boleh letak text, videos, pictures, ada some effects, ada transitions, boleh crop, and then kita boleh overlay videos with pictures which is very good. Apa yang aku paling suka ialah sebab kita boleh letak banyak track (Audio Track & Video Track). Sebab tu Overlay Videos/Pictures is possible. Cumanya bila FREE, of courselah ada watermark. Tapi lagi eloklah watermark Inshot daripada watermark Filmora. HAHAHA Filmora besar gedabak wehhhh. Jangan main-main. HAHAHAHA.

Inshot ni aku baru je guna untuk business. Sebelum ni guna Sony Vegas Pro 15. Yes, software ni berbayar tapi someone help me to get it for free. 👀 After a few years, masa end of semester haritu tiba-tiba tak boleh buka pula software tu dia kata aku tak layak. huhuhuhu. Terbongkar sudahlah aku tak bayar ha gituh. hahahaha. Jadinya, aku edit guna Wevideo pula. Tapi aku guna account kawan aku sebab account aku takde multiple track. Aku pun tak tahu kenapa. Korang boleh try guna Wevideo juga kalau nak. Ambik Education Plan, 30 days Free Trial. Tapi after 30 days korang kena guna applikasi lain pula lah nampak gayanya kan? 😕


3. SCRIBBR.COM


Apa benda Scribbr ni? Scribbr ni website yang ajar cara untuk buat Academic Writing, Research Paper dan sebagainya. Dia juga ajar macam mana nak buat citation using APA style or MLA style. Macam tak faham je kan? hahahaha. Takpe, nanti korang belajar. Macam aku, aku kena buat 2 Article Review dengan 1 Synthesis Paper. In Academic Writing, Citation and Format is very crucial. Daripada Foundation Year ni lah korang kena belajar macam mana nak buat. Jangan asyik bagi alasan tak tahu je memanjang tapi tak nak improve ilmu. 

Untuk cite sources boleh guna Scribbr.com. Dekat bahagian tab atas korang akan nampak Citation Generator. Tekan tab tu dan pilihlah korang nak style APA atau pun MLA. Lepastu korang pilihlah references korang tu jenis apa. Article ke, Websites ke, Report ke and etc. Isikan semua butiran, pastu nanti dia akan automatically cite references tu. Easy right? Kalau tak tahu nak buat In-text Citation, boleh baca juga dalam website tu. Dia ada ajar. 



4. Google Docs

Kenapa nak guna Google Docs? Microsoft Word kan ada.

Google Docs ni memang fungsinya sama je macam Microsoft Word. Cuma yang bestnya ialah, korang boleh edit Documents ni bersama kawan-kawan yang lain. Nanti masa dekat Asasi, akan ada kerja group. Jadi untuk senangkan kerja kita semua, bolehlah buat dekat Google Docs. Semua orang boleh tengok secara live apa yang korang tulis, boleh edit sekali. Menarik kan? Kalau Microsoft Word, tiap kali member nak tengok apa-apa changes, korang kena save, pastu hantar dekat Whatsapp, dekat Telegram. Kalau Google Docs tak payah. Korang tekan je share tab warna biru kat atas tu. Nanti diorang boleh tengok dan edit sekali. Document ni pula akan di save di Google Drive. Memang mudahlah. Dan tak makan space laptop atau phone. 


5. Google Forms


Another google products yang sangat membantu. Google From ni korang boleh gunakan untuk buat survey. Lecturer pon ada guna untuk Quiz juga. Nak guna pon sangat mudah.  Nak share link pon mudah. Senang cerita memang mudahlah! Paling penting, FREE. HAHAHAHA


6. Google Sheets


Kalau tadi sama dengan Microsoft  Word, yang ni sama dengan Microsoft Excel! Boleh buat graph, table dan sebagainya. Sama je fungi dengan Microsoft Word. Google Sheets ni pon boleh share dengan orang lain juga. Itu yang paling best! HAHAHAHA. Okay, next!


7. Google Slide


Yes, sama dengan powerpoint. Fungsi sama je. Untuk buat slide presentation. Tapi semua orang boleh tengok dan edit sama tanpa perlu save dan share document. Yang ni pun Google ada bagi template juga. Jadi memang bestlah. 


Okay, sampai disini sahaja sharing saya pada hari ini. After this aku nak buat Movie Review pula. Tunggu gais! Jangan tak tunggu! Kita cerita pasal survival dalam apartment yang dah dikerumuni oleh zombie! HAAHAHAHA. Boleh sebarkan posting ini macam fitnah jika bermanfaat! Okay, Bye~

You May Also Like

0 comments