Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
    • Twitter
    • Instagram
    • gmail
  • Tutorial
  • Tips
facebook twitter instagram Email

NASEHA SYAHIRA

 

Genre: Action, Drama

Directed by: Jang Hoon

Produced by: Park Un-kyoung, Choi Ki-Sup, Ryu Jun-Yeol & Yoo Hae-Jin

Written by: Eom Yu-na

Casts: Song Kang-ho and Thomas Kretschmann

Production Company: The Lamp

Distributed by: Showbox

Running time: 137 minutes

Release date: August 2, 2017

Trailer



    Filem ini ialah filem berdasarkan kisah benar yang pernah berlaku di Gwangju, Korea Selatan pada tahun 1980. Mengisahkan tentang pengorbanan dan sumbangan besar yang telah dilakukan oleh seorang pemandu teksi yang hanya dikenali sebagai Kim Sak-Bo dalam membantu seorang wartawan Jerman bernama Jurgen Hinzpeter untuk memberitahu dunia tentang kisah kekejaman sebenar yang berlaku di Gwangju. Pada ketika itu, keadaan di Gwangju tidak aman kerana berlakunya kebangkitan demokrasi. Tentera telah bertindak kejam terhadap penduduk Gwangju dengan membunuh dan mencederakan mereka. Lebih menyayat hati, berita mengenai keadaan di Gwangju yang disebarkan di seluruh Korea adalah tidak benar! Selagi kebenaran tidak ditegakkan, selagi itulah penduduk Gwangju akan terseksa. Kerana itulah Jurgen Hinzpeter menjadi seorang yang penting dalam kisah ini kerana hanya beliau sahaja yang dapat mendedahkan kebenaran tentang apa yang berlaku di Gwangju.


    Kerana identiti sebenar Kim Sak-Bo tidak diketahui, latar belakang Kim Man-Seob (watak utama) di dalam filem ini hanyalah fiksyen. Di dalam filem ini, Kim Man-Seob merupakan seorang duda yang kematian isteri dan mempunyai seorang anak perempuan. Dia juga mempunyai masalah kewangan dan mempunyai hutang yang perlu dilangsaikan. Semasa dia sedang makan bersama rakannya, dia terdengar seorang pemandu teksi lain mengatakan yang dirinya telah ditempah oleh seorang penumpang berbangsa asing yang ingin ke Gwangju dengan bayaran 100,000 won. Tanpa berfikir panjang, Kim Man-Seob telah 'mencuri' penumpang pemandu teksi tersebut dek kerana dia sangat-sangat memerlukan wang ketika itu. Dari sinilah bermulanya pengembaraan Kim Man-Seob dan penumpang berbangsa asing iaitu Jurgen Hinzpeter.


 



    Babak (Scene) yang paling menarik bagi aku ialah semasa pemandu-pemandu teksi Gwangju bekerjasama untuk menghalang tentera daripada menangkap Kim Man-Seob dan Jurgen Hinzpeter. Mereka sanggup mati asalkan mereka berdua berjaya untuk memberitahu dunia tentang kebenaran yang berlaku di Gwangju. Kisah ini sangat menyedihkan kerana ramai yang telah terbunuh untuk menegakkan kebenaran. Maaflah, aku tak jumpa pula gambar-gambar untuk scene yang aku maksudkan. 

    Character Development dalam filem ini juga sangat menarik. Kim Man-Seob yang pada mulanya sangat mementingkan diri sendiri telah berubah menjadi seorang yang sangat baik dan sanggup membahayakan nyawanya untuk menolong penduduk Gwangju. Aku sendiri geram betul dengan perangai Kim Man-Seob ni. Tapi mungkin kerana kisah hidup dia yang agak susah menyebabkan dia berperangai sebegitu. Apa-apa pun, pengorbanan Kim Man-Seob dalam ekspedisi ini memang layak diberi penghormatan. 

    Overall, cerita ni sangat menarik untuk ditonton! Kalau tak tahu nak tengok movie apa, bolehlah tengok movie ni. 


Instagram: @blog.nasihattermasyhur



Share
Tweet
Pin
Share
5 comments

 


Assalamualaikum

    Alhamdulillah. Segmen giveaway pertama aku telah pun berakhir semalam. Malangnya, ia tidak mencapai sasaran yang diimpikan. Sebelum ni, aku pernah buat segmen juga. Segmen bloglist dan ramai yang join. Aku dapat capai 30 lebih orang. Tapi kalini, aku cuma berjaya dapat 15 orang. Tapi aku dapat sesuatu daripada kegagalan aku yang kali ini. 

    Aku sedar yang kita tidak boleh mengharapkan untuk orang approach kita dahulu. Dalam erti kata lain, kau telah tunjukkan apa yang kau ingin tawarkan, tapi kau hanya berdiam dan hanya menunggu untuk orang datang dekat kau hanya dengan apa yang telah kau tunjukkan tadi. You should do more than that. Approach them first. Contoh dalam kes giveaway ni, pergilah singgah blog orang lain. Comment pada posting orang lain dan inform mereka tentang segmen yang kau sedang jalankan. Bukan mereka tak mahu join, tapi mungkin berita itu tidak sampai. Aku teringat ladyboss business online aku ada sebut, "cari customer. Jangan harapkan customer untuk approach kita dulu". Bukan aku tak faham apa yang dinasihatkan, tapi sekarang, nasihat itu menjadi lebih jelas apabila aku mula sedar dan telah ada pengalaman mengenainya.  

    Seperkara lagi yang aku perasan ialah, masa segmen yang sangat pendek. Alkisahnya, aku mengambil masa yang sangat lama untuk berfikir sama ada nak buat ataupun tidak segmen ni. Aku juga berpendapat yang kalau dapat letakkan tarikh akhir segmen pada tarikh lahir aku, segmen ni akan jadi lebih bermakna. Tapi bila fikir balik, takde beza apa sangat pon kalau tarikh akhir tu bila-bila. Aku rasa keberangkalian untuk dapat lebih banyak penyertaan itu ada kalau aku panjangkan lagi segmen ni. *sigh. Apa-apa pun, pengalaman ni banyak mengajar aku.  

    Anyways, tanpa melengahkan masa lagi, here's the announcement! 

    Walaupun aku tak dapat nak bagi hadiah yang aku janjikan, aku rasa sangat-sangat terharu pada semua yang support segmen giveaway pertama aku ni 😭. Jadi, aku akan masukkan semua bloggers yang join untuk giveaway kali ini dalam bloglist aku untuk tahun 2021. Also, of course I will follow all of them.💕 Terima kasih banyak ya!


BLOGLIST 2021

  1. pemudattbc.blogspot.com
  2. adindabaizuramazlan.blogspot.com
  3. itsthesuraya.blogspot.com
  4. zieyaweasley.blogspot.com
  5. www.aienienka.com
  6. www.alienoren.com
  7. www.travelogsyuhadasalleh.com
  8. www.siinurul.com
  9. www.shikinrazali.com
  10. ikashoid.blogspot.com
  11. naimyart.blogspot.com
Ha! Tunggu apa lagi, singgahlah blog mereka pula 🙈💕

Instagram: @blog.nasihattermasyhur


























Share
Tweet
Pin
Share
10 comments

 

Hai Assalamualaikum!

    Ini adalah kali pertama aku buat giveaway. I'm so nervous. Dah berhari-hari aku fikir sama ada nak buat atau tidak giveaway ni. Tapi memikirkan blog ni pun dah mula sendu dan online business aku pun masih tidak menunjukkan apa-apa peningkatan, I hope by doing this something better will come. Anyway, it is not just for my own future benefits, it is also for my followers benefit. I wanna make you guys happy. Oh ye, tengok tema giveaway ni tema hari lahir. Haih birthday siapalah agaknya ya? 🙈 Haha, mestliah birthday empunya blog ni. 21 Februari ni birthday aku. hehe

    So, without further ado, ini adalah step-step yang korang perlu ikut.


1. Follow this blog

2. Follow these Instagram accounts: @fifarasol_ds and @blog.nasihattermasyhur

3. Create a post with title: Birthday Giveaway by Nasihattermasyhur

4. Paste the banner + backlink to this entry

5. After publish, leave your entry link in the comments below

  

    And that's all! Boleh juga kalau nak wish birthday untuk saya ke 🙈 hehe. I will appreciate it so so much! Pemenang akan ditentukan secara 'random'. Ikut nasiblah gituh. Oh ye, kalau penyertaan tidak melebihi 30 orang, saya terpaksa batalkan giveaway ni 😢. Tak seronoklah kalau tak ramai yang join. Jadi, ajak kawan-kawan blogger untuk join okay!


Untuk hadiah, saya ni masih seorang student. Jadi tak mampulah nak bagi banyak-banyak. Tapi paling sikit pun saya bagi RM10. Andai kata tiba-tiba baik hati, I might increase it to RM20 or maybe RM25? Tengok macam mana hehe.


Goodluck semua!














Share
Tweet
Pin
Share
11 comments

 

    Jujurnya, entri kali ini paling susah aku nak menulis. Entah kenapa, aku rasa serba serbi tak kena. Lama terperap dalam draft, berulang kali aku tulis dan baca semula. Mungkin sebab dah lama tak menulis, aku rasa kekok. Entri kali ini, aku akan bercerita tentang kehidupan aku sepanjang semester pertama, tahun pertama ijazah sarjana muda aku. 

    Ini bukanlah kali pertama aku belajar secara maya. Semester yang lepas, iaitu semester terakhir Asasi aku pun, aku perlu belajar secara maya. Walaupun sudah ada pengalaman sebelum ni, aku masih tak selesa dan tak suka pembelajaran secara atas talian. Konsentrasi aku tak sama macam di dalam kelas. Aku mudah terganggu dengan macam-macam benda. Secara mudahnya, aku masih struggle untuk mencari rentak menyesuaikan diri dalam pembelajaran secara maya ni. Tapi aku bersyukur, aku masih ada kawan yang sama kelas dengan aku, yang banyak bantu aku dan buat aku rasa tak keseorangan. 

    Semester kali ni, lebih perit daripada sebelum ni. Ada satu subjek tu aku terpaksa self-study disebabkan beberapa kekangan. Bukan pensyarah tak mengajar, tapi aku yang tak faham apa yang dia cuba sampaikan. Bukan tak bertanya, tapi jawapan yang diberikan pun aku masih tak faham. Jadinya, subjek itulah yang paling aku tak enjoy untuk semester ni. 

    Walaupun ada momen-momen menangis, rasa nak putus asa, hilang semangat, masih ada sesuatu yang manis yang boleh aku senyumkan. Haha, pelik-pelik je ayat aku kan. Hihi. Antara momen yang manis ialah aku dapat teammate yang best untuk satu subject ni. Adalah suatu kebahagian bagi pelajar universiti bila dapat group member yang function. Momen yang lain ialah aku dapat pengalaman bekerja dengan MRC dan Fellow. Sebelum aku masuk Gombak lagi aku dah target nak jadi MRC. Jadi dengan pengalaman ni, dapatlah sedikit pengalaman dan berkenalan dengan MRC dan Fellow. 

    Aku ingat lagi, waktu tu aku seorang sahaja bukan MRC. Aku cuma sukarelawan je waktu tu. Bila ada fellow ni tengah kenalkan barisan MRC yang baru dekat fellow-fellow yang lain, sampai dekat aku je madam terdiam. Yelah, sebab dia tak kenal aku. 😂 "Madam, saya bukan MRC. Saya volunteer je harini hehe" aku terus cakap dekat madam macam tu. Tergelak dia hehe. Nak dipendekkan cerita, fellow-fellow suruh aku apply MRC tahun depan. 😬 Tapi entah diorang ingat lagi ke tidak agaknya ya muka aku ni tahun depan. hihi

    Oh ye, mesti rasa pelikkan dengan jalan cerita aku ni. Kata belajar online, tiba-tiba dapat jumpa fellow bagai. Sebenarnya aku stay dekat kampus untuk sebulan lebih masa awal-awal semester haritu. Lepastu aku balik rumah masa PKP. Memikirkan mak ayah aku yang asyik risau dengan keadaan aku dekat kampus tu, maka aku buat keputusan untuk menghabiskan sisa-sisa semester satu ni dekat rumah. 

********

RESULTS

    Siapa yang follow Instagram aku tahulah result aku lebih awal. Alhamdulillah, aku dapat results yang memuaskan. Aku berjaya dapat Dean's List untuk semester yang pertama ni. Masih ada lagi 7 semester berbaki. Semoga yang lainnya pun Dean's List juga. hehe. Memang itulah impian yang aku nak capai. Masa Asasi dulu alhamdulillah aku berjaya dapat Dean's List setiap semester dan 4.00 berturut-turut untuk 2 semester. Nak dapat 4.00 untuk Degree ni, aku tak rasa mudah. Tapi aku yakin, it is achieveable. I will do my best! 


Instagram: @blog.nasihattermasyhur




    

    

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

ABOUT ME

Hello there. Welcome to the blog! I am a final year finance student from a public university in Malaysia and have a huge enthusiasm of sharing random things to the public.

MY WISHLIST

Dean's List Foundation
New phone
Umrah/Haji
Own Car
Own House

Categories

  • Food Review
  • Ghost Story
  • IIUM
  • Islam talk
  • KISAS
  • Movie Review
  • Positive Vibes
  • Puisi tepi jalan
  • Random
  • Tips
  • Tutorial

Blog Archive

  • October 2021 (1)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (1)
  • May 2021 (2)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (1)
  • December 2020 (2)
  • November 2020 (1)
  • October 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (1)
  • April 2020 (2)
  • February 2020 (1)
  • January 2020 (7)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (3)
  • June 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (1)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (3)
  • January 2019 (4)
  • December 2018 (7)
  • September 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • April 2018 (4)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (4)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (2)
  • June 2017 (5)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (3)
  • October 2016 (1)
  • September 2016 (1)
  • August 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (2)
  • April 2015 (1)
  • January 2015 (1)

My Blog List

  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Jet Hawk Fly Dari KTU Kepala Batas Ke Base TUDM
  • Jurnal Shikin Razali
    Satu Pengalaman: Hilang, doa dan tawakal, akhirnya dijumpai semula!
  • thesuraya
    Undercover Wife by Zura Rahman
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Bisnes Sambal Dari Rumah – Modal Kecil, Untung Lumayan!
  • Jari Jemari Menari
    Shopee 6.6 Jualan Lagi Murah: Diskaun Sehingga 66% Untuk Keperluan Harian
  • Travelog Syuhada Salleh
    Hiking Bukit Padang di tahun 2025 & Makan Nasi Lemak
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Alien Oren
    Movie Review: The Pope's Exorcist
  • Naimy
    Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.

Kontraktor Ubahsuai Rumah

Related image
Kontraktor Ubahsuai Rumah

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates