Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
    • Twitter
    • Instagram
    • gmail
  • Tutorial
  • Tips
facebook twitter instagram Email

NASEHA SYAHIRA

    Mesti korang pernah dengar cerita hantu atau mistik dekat Malaysia pasal orang yang memandu asyik pusing-pusing dekat tempat sama dan tak boleh cari jalan keluar. Seram kan? Sampai tak tahu nak buat apa dah untuk keluar daripada tempat tu. Movie vivarium ni lebih kurang macam tu lah. Tapi cerita ni tak terhenti sampai di situ sahaja. Ada benda-benda lain yang lebih menyeramkan dan misteri dalam cerita ni. Jom kita baca serba sedikit tentang cerita ni dan apa pandangan aku tentang cerita ni.

Released year: 2019

Starring: Imogen Poots & Jesse Eisenberg

Genre: Science fiction thriller

    Movie ni dimulakan dengan menunjukkan kepada penonton bagaimana burung cuckoo menjadi parasit kepada burung-burung lain. Ada seekor burung cuckoo ni telah bertelur di dalam sarang burung yang bukan miliknya. Bila telur burung cuckoo ni menetas, anak burung cuckoo tu menolak semua anak-anak burung yang lain keluar daripada sarang. Akhirnya, anak-anak burung tu pun mati. Walaupun anak burung cuckoo tu dah bunuh anak-anak burung yang lain, ibu burung (pemilik sarang) tu tetap membesarkan anak burung cuckoo tu walaupun tu bukan anak dia dan dia dah bunuh anak-anak dia yang lain. Pada mulanya, aku tak faham kenapa babak ni perlu ditunjukkan. Tapi babak inilah yang paling penting untuk difahami sebab ia sangat berkait rapat dengan konsep cerita ni.

    
    Movie ini pun diteruskan dengan memperkenalkan watak-watak utama iaitu Gemma seorang guru dan Tom seorang tukang kebun di sekolah tersebut. Mereka berdua merupakan sepasang kekasih dan sedang mencari rumah yang sesuai untuk mereka berdua. Selepas tamat waktu persekolahan, mereka berdua pun pergi ke sebuah ejensi harta tanah. Setibanya di sana, mereka berjumpa dengan Martin, pekerja di ejensi tersebut. Dipendekkan cerita, selepas didesak oleh Martin, Gemma dan Tom bersetuju untuk mengikut Martin ke rumah yang disebut-sebut oleh Martin sebagai rumah yang tepat untuk mereka. 

Martin

    Selepas beberapa ketika, sampailah mereka ke kawasan perumahan yang bernama Yonder. Semua rumah di Yonder ni mempunyai design dan warna yang sama. Apa yang membuatkan ia lagi pelik ialah awan-awan di kawasan perumahan ni. Awan-awan dekat situ semuanya serupa! Realitinya, awan-awan yang kita selalu tengok ada macam-macam bentuk. Kadang-kadang menyerupai haiwan, orang. Kalimah Allah pun ada betul tak? Tapi awan-awan dekat sini, semuanya berbentuk awan yang kita selalu lukis masa kecil-kecil. Tapi awal-awal tu Tom dengan Gemma tak perasan pun semua ni. Mereka cuma fikir untuk tengok-tengok rumah sahaja. 

Kawasan perumahan Yonder

    Nak dijadikan cerita, selepas habis tengok-tengok rumah, Martin hilang. Tom dan Gemma dah puas cari Martin, tapi masih tak jumpa. Mereka pun buat keputusan untuk balik je rumah. Disebabkan rumah-rumah dekat Yonder ni semuanya sama, agak sukar untuk mereka berdua keluar daripada kawasan perumahan ni. Yang peliknya, ambiklah simpang mana-mana pun, mereka berdua akhirnya akan sampai semula ke rumah yang mereka tengok-tengok sebelum ni (rumah no 9). Seolah-olah mereka hanya berpusing-pusing di tempat yang sama. Akhirnya Gemma dan Tom terpaksa juga bermalam di rumah tu sebab kereta dah habis minyak. 


    Usaha untuk keluar daripada Yonder pun diteruskan keesokan harinya. Kali ini, mereka terpaksa berjalan kaki sebab kereta mereka dah habis minyak. Mereka pun berjalan dan berjalan. Malangnya, mereka sekali lagi sampai di rumah no 9. Tapi kali ini, mereka ternampak ada satu kotak ditinggalkan dekat depan rumah. Mereka pun buka kotak tersebut dan mendapati terdapat bekalan makanan dan barang-barang keperluan yang lain. Nampak macam ada seseorang yang nak mereka tinggal dekat Yonder kan? Sampai bagi bekalan bagai. Fuh! 😥 Dalam keterdesakan waktu tu, Tom buat keputusan untuk bakar rumah no 9 tu sebagai isyarat api. Tom dengan Gemma akhirnya tertidur di tepi jalan pada malam itu. 

    Cuba teka apa jadi esok pagi. Jeng3.. Ya!! Rumah tu elok seolah-olah tak pernah terbakar pun! Seram uiii. Diorang terperangkap dekat mana ni sampai macam tu sekali. 😩 Ingatkan tu je kejutan untuk diorang berdua pagi tu. Rupanya ada lagi satu kejutan. Mereka berdua dapat lagi satu bungkusan yang baru pagi tu dan isinya ialah seorang bayi lelaki. Bersama-sama dengan bayi tu, ada nota yang ditinggalkan: "Raise the child and be released". Akhirnya mereka pun menjaga bayi tersebut sehingga dewasa dan dalam waktu yang sama mencari jalan untuk keluar daripada Yonder. Ha, mesti korang bayangkan yang diorang duduk dekat situ bertahun-tahun kan? Yelah, kena jaga budak tu sampai besar kot. Tapi sebenarnya, tak sampai setahun pun diorang tinggal kat situ budak tu dah besar! Hari ke-98 mereka berdua terperangkap di Yonder, bayi tu dah jadi budak baya-baya sekolah rendah dah! 





    Apa yang aku boleh katakan, semua benda pasal budak tu pelik. Kalau korang tengok cerita ni, korang sendiri pening dia ni manusia ke, alien ke atau makhluk apa dia ni??? I would say, he is not a human lah. Nampak je macam manusia, but he is not. Kalau korang nak tahu betapa pelik dan seramnya budak ni, korang kena tengok sendiri cerita ni.

    Personally, aku suka jalan cerita movie ni. Nampak smooth dan selalu buat orang tertanya-tanya. Makin lama tengok cerita ni, makin banyak benda-benda pelik yang berlaku. Thrill ke tengok cerita ni? Bagi aku thrill lah juga lagi-lagi part masa bayi tu dah jadi budak-budak. Overall, aku suka tengok cerita ni and aku recommend sangat-sangat untuk korang tengok cerita ni juga. Korang mungkin akan agak pening dengan ending cerita ni. But trust me, kalau korang search ending explanation cerita ni dekat google, korang akan faham. 

Personal rate: 8/10


Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 ASSALAMUALAIKUM

    Pengalaman aku dalam berbusiness ni dah agak lama sebenarnya. Unofficially start minat dengan business masa sekolah rendah. Waktu tu, takdelah buat produk atau join dropship ke apa. Aku tolong jaga gerai masa ada program sekolah je. Kira macam cashier lah waktu tu. hehe. Tapi aku sedar yang aku memang minat menjual. Kegembiraan bila kira duit lepas tutup gerai tu macam adalah satu kepuasan bagi aku. Walaupun tak banyak mana. 

    Masuk sekolah menengah, aku mula join jadi agent dropship. Waktu tu, aku jadi agent dropship untuk syarikat print baju custom-made. Aku buat keputusan untuk join niche business ni sebab waktu tu aku perasan yang hampir setiap tahun ada demand untuk buat baju kelas, persatuan dan lain-lain. Aku nampak ini adalah satu peluang untuk aku jana pendapatan sampingan dekat sekolah. Tapi, waktu tu aku pemalu. Walaupun aku nampak itu sebagai satu peluang, aku masih tak dapat nak promote servis yang aku boleh tawarkan dekat orang-orang sekeliling aku. Aku cuma promote dekat facebook page je waktu tu. Akhirnya, aku cuma dapat dua customer sahaja sepanjang lebih kurang setahun aku menjadi agent dropship untuk servis tu. Satu daripada rumah sukan dekat sekolah aku dan lagi satu daripada kenalan kakak aku. 

momento: rumah sukan 'Khalid' pakai baju yang aku jual

    Selain daripada menjual baju custom-made, waktu tu pun aku ada tolong senior aku jual planner. Dapatlah beberapa orang. Tak sangka juga berjaya dapat beberapa orang. Aku pun pelik kenapa bila aku tolong senior aku promote planner dia ni lebih berjaya daripada business aku sendiri. Takpelah, rezeki dia kan. Aku pun tumpang gembira juga sebab dapat tolong. Sejak dari tu, sampailah sekarang aku tolong dia promote planner dia dekat kenalan aku.
    
    Masa berlalu dan tamatlah sekolah menengah dan bermulalah zaman asasi. Semasa asasi, aku ambil course Economics and Science Management. Bila sebut je nama course ni mesti akan terbayang-bayang accounting, economics dan business kan? Haa memang betul pun. Masa tu, salah satu project assignment untuk subjek accounting ialah kena menjual produk. Selepas perbincangan dengan team member aku, kitorang buat keputusan untuk jual makanan. Specifically jual popia cheese. Bermula dari sinilah aku masuk ke niche makanan. Kenapa makanan? Sebab aku percaya kalau makanan kita sedap, orang akan repeat banyak kali. Dekat situ aku nampak lagi mudah untuk dapat customer. Dipendekkan cerita, aku boleh katakan yang business jual popia cheese ni berjaya. Bermula dengan projek assignment sahaja, tapi aku dengan team member aku teruskan business ni sebab nampak potensi untuk kami jana pendapatan sampingan. 


    Business ni berterusan selama beberapa bulan sebelum dihentikan sebab sales menurun. Nak dapat customer tu rasa makin susah. Tak tahu kenapa. Jadi kami pun buat keputusan untuk stop business jual popia. 

    Dipenghujung hayat business popia tu, aku ajak pula roommate aku jadi agent chocojar sama-sama dengan aku. Nak start sendiri duit tak cukup. Jadi ajaklah roommate. Akhirnya, aku ada dua business dalam satu masa. Business chocojar dengan business popia. Business chocojar ni nak kata senang jual tak juga. Mungkin sebab harganya satu balang RM15. Orang lebih rasa 'susah' untuk spend duit untuk harga yang macam tu. Kalau RM10 ke bawah, tak terasa sangat. Tapi bagi aku, RM15 adalah harga yang sangat munasabah memikirkan size balangnya yang besar (sebesar tapak tangan) dan rasa yang memang sedap. Business chocojar ni nak kata sangat berjaya tak, gagal pun tidak juga. Business yang ni terpaksa dihentikan sebab lockdown. 

    Selain daripada menjual chocojar dan popia, aku pun ada join buka stall masa ada program dekat universiti. Macam-macam aku jual dekat stall tu. Yang aku ingat aku jual kuih-muih, burger dengan mac & cheese. Dan of courselah aku ada selit jual sekali popia dan chocojar aku tu! 😝 Program ni bertujuan untuk memberi peluang kepada pelajar untuk jana pendapatan sepanjang hari program. Aku apa lagi, mestilah join! hehe. Penat tu memang penat, tapi aku still gembira. Selain daripada dapat duit lebih, aku happy juga sebab makanan yang aku jual tu, sampai ada orang whatsapp aku minta contact number supplier tu (dia nak jual untuk program akan datang sebab sedap).


    Begitulah serba sedikit perjalanan business aku daripada sekolah menengah sehingga asasi. Tapi cerita aku belum habis tau! Aku belum masuk lagi cerita pengalaman aku hampir dapat RM2000 SALE melalui dropship. Kisah yang aku nak ceritakan ni lebih menarik dan mungkin bermanfaat untuk korang yang berbusiness kecil-kecilan macam aku. Kalau nak tahu, tunggu part 2 okay! 😘 




Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 



    Aku pasti mesti ramai yang dah tahu tentang Lee Kwang Soo yang secara rasminya telah keluar daripada rancangan realiti popular Running Man. Sebagai seorang peminat Running Man, berita tentang Kwang Soo meninggalkan Running Man ni sangat-sangat menyedihkan! Aku sendiri tak sanggup nak tengok episod terakhir Lee Kwang Soo. 😭 Selain daripada Kang Gary, aku paling minat Lee Kwang Soo. Gelagat dia dalam Running Man memang selalu buat aku ketawa sehinggakan kalau aku stress atau sedih, mesti aku tengok Running Man sebab nak tengok Lee Kwang Soo. 

    Aku mula tengok Running Man pada tahun 2012. Kira lambat juga lah sebab Running Man ni bermula pada tahun 2010. Tahu pasal Running Man ni pun sebab kakak aku yang mula-mula tengok. Last-last minat juga sebab rancangan ni sangat menghiburkan dan menarik. Lain dari yang lain pula tu! Mana ada rancangan realiti yang guna konsep macam Running Man. Siap ada yang jadi spy, special episod yang menakutkan, cabaran-cabaran yang mencabar dan banyak lagi. 

    Bila Kang Gary keluar, aku dah mula kurang sikit tengok Running Man sebab sedih member yang aku paling minat dah takde. Lagi sedih, Monday Couple dah takde 😭. Tapi lepas beberapa lama, aku tengoklah balik Running Man dan sebenarnya best je. Se Chan dengan So Min tu okay je. Menghiburkan juga. Kadang-kadang sedihlah juga bila ada peminat-peminat Running Man macam tak suka diorang berdua dan hanya suka member-member yang asal sahaja. Sekarang, Lee Kwang Soo pula keluar. Ya Allah, sedihnya macam lebih teruk dari putus cinta! 💔😢 


    Lee Kwang Soo keluar daripada Running Man disebabkan oleh masalah kesihatan dia. Tahun lepas (2020), Kwang Soo terlibat dalam kemalangan menyebabkan kaki dia mengalami kecederaan. Seperti yang diketahui umum, rancangan Running Man memerlukan pergerakan yang banyak. Jadi disebabkan kecederaan yang dialami oleh Kwang Soo, susahlah untuk dia perform dengan baik. Bagi aku sendiri, baguslah Kwang Soo mengutamakan kesihatan dia. Dia pun muda lagi dan masih ada peluang yang cerah di masa hadapan.

    Aku bangga sangat dengan Kwang Soo sekarang sebab dulu dia tak dikenali sangat pun. Untuk sampai ke tahap "Prince Asia", bukan mudah. Kalau korang tengok Running Man daripada episod pertama, korang boleh nampak sendiri perubahan Kwang Soo. Mula-mula tu dia sangat pendiam. Bila dia nak bercakap je, orang semua tak dengar. Selalu kena ignore. Menyedihkan betul tengok, tapi pada waktu yang sama  kelakar pun ya juga. Hahaha. Of courselah, ada je characteristics yang aku sebut tadi sampai ke sudah masih ada. Tapi korang boleh nampaklah perubahan dia. Dalam episod 37, ahli-ahli Running Man perlu dapatkan 30 orang yang nak sign diorang. Ada sorang perempuan dekat booth fan sign Kwang Soo kata "You can't fix your low popularity". 😭💔 But look at him now! Everyone loves him!

    In short, walaupun Lee Kwang Soo dah takde dalam Running Man, aku akan sentiasa support dia dan tengok lakonan-lakonan dia. At the same time, of courselah still support Running Man. Bagi aku, jangan disebabkan seorang yang keluar, kita dah tak support dah rancangan ni. Ahli-ahi Running Man yang lain masih ada dan berkerja keras untuk menghiburkan kita. Lastly, nak tanya, siapa minat Lee Kwang Soo kat sini boleh munculkan diri dekat komen tak dan bagi luahan perasaan korang? Jomlah kita nangis bersama-sama 😭

Goodbye Lee Kwang Soo! Thank you for your hard work throughout these 11 years! 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

ABOUT ME

Hello there. Welcome to the blog! I am a final year finance student from a public university in Malaysia and have a huge enthusiasm of sharing random things to the public.

MY WISHLIST

Dean's List Foundation
New phone
Umrah/Haji
Own Car
Own House

Categories

  • Food Review
  • Ghost Story
  • IIUM
  • Islam talk
  • KISAS
  • Movie Review
  • Positive Vibes
  • Puisi tepi jalan
  • Random
  • Tips
  • Tutorial

Blog Archive

  • October 2021 (1)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (1)
  • May 2021 (2)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (1)
  • December 2020 (2)
  • November 2020 (1)
  • October 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (1)
  • April 2020 (2)
  • February 2020 (1)
  • January 2020 (7)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (3)
  • June 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (1)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (3)
  • January 2019 (4)
  • December 2018 (7)
  • September 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • April 2018 (4)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (4)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (2)
  • June 2017 (5)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (3)
  • October 2016 (1)
  • September 2016 (1)
  • August 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (2)
  • April 2015 (1)
  • January 2015 (1)

My Blog List

  • Jurnal Shikin Razali
    PERTANDINGAN TIKTOK MENCIPTA SAJAK KEMERDEKAAN 2026
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Cadangan Homestay di Melaka?
  • Travelog Syuhada Salleh
    Nasi Goreng Udang Galah, Dapur Makcik Pondesyen
  • thesuraya
    Seikhlas Kasih Ahmad Nanas by Izzraff
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Salam Maal Hijrah 1448H
  • Jari Jemari Menari
    Ulasan Buku- Atas Lantai Bumi by Liza Nur
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Alien Oren
    Movie Review: The Pope's Exorcist
  • Naimy
    Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.
  • Adinda Baizura Mazlan
    Training ESQ Angkatan 112 : Comeback!

Kontraktor Ubahsuai Rumah

Related image
Kontraktor Ubahsuai Rumah

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates