BAHANA KOPI


K O P I 

Didefinisikan sebagai satu minuman yang dicampurkan dengan air panas yang sedia daripada biji kopi.

Untuk mendapatkan keaslian rasanya, tidak perlu menambahkan apa-apa 'bendasing' seperti gula, krimer ataupun susu. Mungkin ada yang ingin menjadi Elbert Einstein yang tidak bertauliah ingin mencampurkannya dengan garam. Aku tak pernah buat. Siapa yang buat tu boleh pos ke rumah. Akan saya menjadi juri untuk kalian.

HUHUHU~~

Aku merupakan salah seorang pencinta tegar kopi. Dan bilamana terhidangnya air minuman yang berwarna kehitaman dan mengiurkan itu di hadapan mata, secara automatik emosi aku yang mungkin boleh menyebabkan semua orang nak lempang aku, berubah 360 drjh menjadi seriang kanak-kanak ribena.

God. Hambarnya.

Aku tak boleh nak luah rasanya bila air berwarna hitam yang dibenci oleh segolongan makhluk yang dikenali sebagai ' al-insan ' di muka bumi ini lalu dekat tekak dan perkataan 

" aaahhhhhh~~~ " sambil tutup mata

itu diluahkan.

SANGAT  INDAH.

Nak dijadikan cerita, haritu motivasi 'belajar' aku membuak-buak. Entah kenapa pukul 12 malam baru nak timbul. Sengaja tak nak bagi tidurlah tu. Malam tu, aku tak terdetik pon nak minum kopi. Tapi ada satu bisikan suara yang menyapa telinga ni macam aahhhh indahnyaa~~

" nak mama buat air? nak apa? "

ya, kopi. itu jawapan aku.

Maka, pada malam itu aku telah mendurjanakan diri sendiri dengan minum satu cawan besar air kopi yang sedap dan pahit. Masyaallahhhh nak lagiiiiiiiiii!! 

Kesannya, malam itu aku tak mampu melelapkan mata. Hatta dah pukul 4:30 pagi. Huwarghhh, betapa tersiksanya aku. Pukul 5 aku bangkit dari perbaringan. Dengan mata yang masih segar bak telah tidur sepanjang malam aku menggagahkan diri dengan mengalirkan air paip yang sejuk beku ke anggota badan. 

Pengajarannya simple.

Jangan mendurjanakan diri korang dengan ' overdose kopi '. Sebab kesannya amat menyakitkan.

Pukul 6 baru mampu lelapkan mata selama 30 minit. Sambung semula pada pukul 4 petang sehingga 6:45. Alhamdulillah, Allah kejutkan aku. Kalau tidak terlepas asar! 

Walaupun malam tu aku stay up, aku tak keseorangan. Masih ada insan-insan yang baik hati dan sanggup stay up sekali. Special thanks to my mother and private tutor yg baru di hire malam itu juga. Terima kasih semua.

Assalamualaikum.

* Doakan aku cemerlang PAT ya semua. terima kasih *



2 comments:

  1. used to love milo too.. hehe but bila dh makin beso ni mcm more to coffee and milk. Thanks for sharing btw ^^

    ReplyDelete