JATUH DARI LANGIT

Assalamualaikum.

Siapa yang akan percaya bahawa duit itu akan jatuh dari langit dengan mudahnya? Tiada dan tiada siapa pun yang akan percaya. Hakikatnya memang begitu dan itu adalah fitrahnya. Wang takkan jatuh dari langit. Melainkan ada jutawan yang cukup gila untuk mencampakkan berguni wang daripada bangunan tertinggi dunia. Dan manusia yang fikirannya penuh dengan unikorn akan mula berbicara dengan senyuman penuh takjub “ Duit jatuh dari langit!! Aku kayaaaa!!”

Jarum jam menunjukkan jam 12:30 malam. Tersentak. Betapa cepatnya masa berlalu. Sekali lagi aku berjaga malam. Keluhan berat dilepaskan. Kekhusyukan aku dalam memecahkan teka teki matematik tambahan buat aku terlupa tentang masa. Bukan sekali dua. Tapi berkali. Namun kali ini aku bukan sendiri lagi. Malam itu aku dengan seorang lagi teammate aku. Bersama-sama merungkai jalan-jalan berselirat pada malam itu.

Aku pilih ‘sleep’ pada laptop. Aku bercadang hendak menghabiskan pengiraan yang tergendala tadi di dalam dorm nanti. Laptop aku masukkan ke dalam beg dengan penuh berhati-hati. Usai mengucapkan selamat malam kepada ahli dorm F32, aku turun dengan pantas untuk ke aras satu iaitu aras yang menempatkan dorm aku, F01.

Tiba-tiba tekak terasa kering. Nafsu aku mula berbisik halus untuk memilih nescafe bagi menghilangkan kehausan. Aku cantas pemikiran aku yang menggila. Lebih baik aku minum air masak, lagi sihat. Aku capai botol sebaik tiba sahaja di dalam dorm. Kosong. Mengeluh lagi. Haihhhhh….  Terpaksalah berkerah keringat sedikit berjalan untuk ke dewan makan walau hakikatnya tak jauh mana pun. 

Dalam perjalanan untuk ke dewan makan, aku terserempak dengan dua orang perkerja dewan makan. Pelik. Buang tebiat apa diaorang dua ni berjalan-jalan malam-malam buta. Salah seorang makcik menghampiri aku. Tiba-tiba sentuh perut aku. SAH, MAKCIK NI BUANG TEBIAT! Ya allah, dah kenapa tiba-tiba pegang perut orang? * emoji nangis *

“Buat apa tu” aku menegur. Curiosity aku meninggi.

“Cari tin” jawab salah seorang daripada mereka dengan ringkas. “nak beli baju raya~”

Aku tersentap. Mereka tak pernah menagih simpati manusia lain untuk satu sen. Dengan kudrat yang ada mereka pilih jalan ini. Mereka pilih jalan yang mengikut perkiraan sesetengah manusia adalah sesuatu yang menjijikkan atau mencalarkan maruah diri. Tapi untuk merasai sedikit kebahagiaan pada hari yang bakal mendatang, dengan bersulamkan keredhaan ilahi, tangan-tangan itu sanggup untuk dimasukkan ke dalam tong sampah yang penuh dengan kekotoran.

Tak banyak mana pun hasilnya. Aku mula mencerna fikir, satu jalan untuk bantu mereka. Allah menggerakkan hati aku pada botol-botol kosong yang tersadai di dalam dorm. Lebih baik aku beri pada mereka daripada botol-botol itu dibiar begitu sahaja. Aku panggil mereka dan serahkan segala khazanah yang ada di dalam dorm untuk mereka. Masih tak banyak. Tapi setidaknya dapatlah membantu.

Aku belajar satu perkara. Selagi mana kau masih mampu untuk bekerja, bergerak, gunakan sebaiknya untuk mencari rezeki yang halal. Perjalanannya akan menjadi sukar. Tetapi setidaknya kita tidaklah menagih simpati manusia lain. Islam sendiri mengatakan kalau boleh janganlah sehingga meminta kepada orang lain.

Semoga tuhan membantu mereka dan mengurniakan rezeki buat mereka. A

No comments:

Post a Comment