NEW LIFE!

by - 09:17


Aku nak berkongsi satu cerita yang 'agak' memalukan diri aku. 

Alkisahnya bermula waktu tu tengah pembentangan. Nak dijadikan lebih dramatik hari itu, aku yang mulakan pembentangan tu dulu. It's a group presentation. Aku pun mengumpulkan segala kekuatan dan perangai muka tembok aku yang dulu meresap masuk ke dalam diri aku. Dengan penuh berani dan confidddenttnya ( baca dengan syaddah ), aku mulakan dengan 

" Bismillahirrahminirrahim.. Baiklah, harini kami akan membentangkan tentang..."

Dan para malaikat yang berkopiah, berserban, berjubah, berkurta, berrida', berkasturi dan segala ber pun membalas dengan penuh hikmah dan tanpa segan silu.

"WAALAIKUMUSSALAM!"

Aku terpempan. rasa macam.. "Astaghfirullahalazim.., aku telah berdosa besar kerana tidak memberi salam semasa memulakan pembentangan pada hari ini. Ya allah, ampunkan hambamu yang lemah ini." Dan aku pun bersyahduan di dalam hati memikirkan dosa besar yang telah aku lakukan. 

Jadi, Assalamualaikum readers! 

Okay, cerita di atas ialah berdasarkan kisah yang nyata, realiti dan tiada unsur plagiat atau apa-apa kecuali satu perkara. Aku bergurau je part yang akhir tu. Hakikatnya aku sangatlah... Perasaan aku mix waktu tu. Aku agak malu sebab, wei.. lelaki tegur kau kot. eih, kemon lah. * flip tudung. nak flip rambut berdosa. hihihii * Lagi satu aku rasa nak hempuk sorang-sorang. Yelah aku tahulah adab kan bagi salam dulu. Tapi rasanya ada cara lain yang lagi berhikmah kot kalau nak menegur orang pon. Orang tengah nak membentang pergi memalukan depan orang ramai. Haihh... haa nilah dia masalah budak-budak *****. Nak menegur tapi cara salah! Semua rasa dah macam mala..... bla bla bla bla

Okay kau dah boleh abaikan masalah perempuan kat atas tu. Kalau aku bagi peluang dia untuk komen memang sampai raya nanti baru dia habis cakap. 

Aku tak tahulah korang perasan atau tidak entri aku sebelum-sebelum ni sangatlah kelam dan rasa macam ada unsur kegelapan gitu. Well, semuanya sebab emosi aku yang disiksa teruk dekat penjara sana. Dalam menulis, kau perlu menulis dengan hati supaya pembaca dapat rasa di hati. Dan aku ialah seorang penulis yang menulis dengan hati dan perasaan. Sebab tulah... semuanya kelam sebelum ni. Aku minta maaf sebab aku telah membuatkan korang tersiksa batin membaca entri aku yang sangatlah---- I can say tak berilmiah langsung walau hakikatnya the motive I'm being a blogger is to share something useful that can change this world into a better place. And I ruined it.

Tapi untuk aku delete entri tu macam aku delete diri aku. Hidup aku. Jadi, dimana pengajaran yang aku boleh dapat daripada hidup aku lepas ni? 

Lepasni hidup aku akan jadi lebih mencabar dan carca marba. Aku tak tahu aku mampu untuk hidup atau tidak. Sekarang pun aku dah tenat dan hampir rebah. Berkali-kali aku menangis. Diri aku sekarang telah dicemari kesan daripada masalah emosi aku yang disiksa di situ. Aku buat kerja gila sampai sekarang dah memberi kesan pada kesihatan aku. Doakan aku tabah, sebab hidup menjadi pipit di sini bukanlah suatu perkara yang mudah. Oh lupa, aku bukan pipit. apa maksudnya? hahahahah kau jangan tanya aku sebab aku taknak cakap apa-apa. 

Aku inginkan hidup yang baru dan akan aku cuba capai itu. Hidup yang lebih positif dan hati yang lebih kebal untuk menghadap segalanya. Aku akan buktikan aku mampu! 

Di kesempatan ini nak mengucapkan Salam Ramdhan dan Salam Aidilfitri! Carilah sesuatu yang bermanfaat yang boleh dijadikan pelajaran untuk kehidupan dan bukan sekadar ' duit raya '. ( sila nyanyi dengan rentak lagu Lavida Raya. Wei aku tak nak tipu. Lagu dia melekat kat kepalotak aku sekarang ni! ) 

k bye. ASSALAMUALAIKUM. * nanti kena kecam lagi. hahahhaa*




You May Also Like

0 comments