Powered by Blogger.
  • Home
  • About
  • Contact
    • Twitter
    • Instagram
    • gmail
  • Tutorial
  • Tips
facebook twitter instagram Email

NASEHA SYAHIRA



SINOPSIS

Joon Woo ni ialah seorang gamer. Pada suatu hari, bila dia bangun daripada tidur, dia dapat tahu ada satu virus yang misteri sedang menular di seluruh Seoul dengan begitu pantas! Virus yang membuatkan manusia menjadi cannibal, bertindak ganas. Senang cerita, jadi zombie lah! Disebabkan penularan yang sangat cepat dan dahsyat, akhirnya dia terperangkap di dalam apartment dia sendiri. Nak keluar tak boleh sebab zombie ada di mana-mana termasuklah hallway di apartment. Berbekalkan sumber makanan dan minuman yang terhad, tanpa cellular data, Wi-Fi, texting, atau phone calls.  dia dan Yoo Bin (2nd Main Role) perlu teruskan hidup dan survive. 


BARISAN PELAKON


GENRE
Drama, Horror, Adventure

PERSONAL RATE
⭐⭐⭐⭐/5


TRAILER



If you like Train to Busan, you'll definitely love this! It feels like it is a continuation of Train to Busan but at a different situation and place. Zombie dia lebih kurang sama macam zombie Train to Busan. Laju. Cuma kalau tak silap aku, zombie Train to Busan dia tak boleh nampak. Kalau Zombie Alive ni dia boleh nampak dan dengar. 


Dalam cerita ni, ada juga disebutkan yang ada sesetangah orang fikir yang zombie ni masih manusia tapi dia sakit. Personally, kalau aku dalam movie tu aku takkan fikir macam tu. Aku anggap semua dah mati dan bertukar menjadi monster and it's okay to kill them untuk kita survive. Hahahaha.

Apa yang aku paling suka dalam movie Alive ni ialah, dia punya situasi dan tempat. Aku duduk kondominium. Jadi, aku pun terfikir juga, macam mana nak survive bila something like this happen? Dalam movie ni, dia akan tunjuk, macam mana diorang survive untuk teruskan hidup bila terkurung di dalam apartment dengan bekalan makanan dan minuman yang terhad. There's also this one scene where the main character, Oh Joon Woo, try to kill himself. Adalah kata-kata inspiring sikit dalam movie ni masa dia nak suicide tu.






Part yang tak best? Everything is okay except for the ending.

BLOOPERS AHEAD!

Dia macam, adalah satu keajaiban tiba-tiba ada askar daripada bawah terbang ke atas guna helikopter and shoot all the zombies + selamatkan diorang berdua. Waktu tu diorang dekat atas bumbung sebab sebelum tu diorang dengar bunyi helikopter. Masa dah sampai dekat bumbung tu helikopter semua dah pergi. Zombie semua lari ke arah diorang and at that time diorang macam dah hopeless gila. Suddenly, out of nowhere a helicopter shows up! Haha. Aku rasa macam, wow. Kalau real life tu memang dah mampus dah. Hahahaha. Overall, it's a good movie. Tak touching sangat macam Train to Busan tapi still enjoy! 💖 Recommended. 

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
ASSALAMUALAIKUM


Dengar cerita student CFS IIUM Gambang sesi 2020/2021 dah masuk. Selamat datang ye adik-adik! 😄 Terdetik pula nak share applications atau websites yang boleh membantu korang menyiapkan assignment dan project. Sharing ni tidak spesifik untuk student yang baru nak memulakan kehidupan selepas SPM sahaja tau. Bagi mereka yang dah lama menjadi students di peringkat universiti pun boleh juga. Tapi, aku pasti, pengalaman anda yang lebih tua daripada saya ni lagi banyak lah kot bab-bab applikasi atau websites yang boleh membantu kita untuk menyelesaikan assessment yang diberi oleh pensyarah. 

Perkongsian ini sepenuhnya daripada pengalaman saya sendiri.


1. CANVA



Canva is my all-time favourite graphic design platform. Bukan sekadar edit gambar, kita boleh edit poster, buat logo, edit instagram photos, instagram story, presentation, flyers, cards, infographic, business card, photo collage, etc. Literally, you can edit everything in Canva. The best part is, it is FREE. But of course, there are some limitations. Tapi walaupun kita tak boleh guna semua features yang ada, it is enough to create something amazing and beautiful. 

Selain tu, Canva pon ada sediakan macam-macam template yang cantik untuk setiap kategori. Kalau tak tahu sangat-sangat nak edit macam mana, takde idea nak design macam mana, pilih je daripada template yang dia bagi tu. Banyak ya. Memang rambang mata! Bukan sekadar template, kita boleh letak text, sticker, upload gambar daripada phone atau laptop dan banyak lagi. Aku tak ingat. HAHAHA. Korang boleh godek-godek sendirilah ya nanti!

Selalunya dekat universiti ni kita akan selalu bermain dengan poster, presentation slide, infographic dengan flyers. Sebab kadang-kadang, bagi sesetengah course, kita akan belajar subject Business. Selalunya bila Business ni, one of the assessment kena buka gerai dan menjual. So we need to make a poster about our shop so that people will know about it. Contoh lain, masa aku semester 1 haritu untuk subjek Economics, kitorang ada buat Exhibition. Jadi kitorang buat flyers and I used Canva. 

Jadi, kalau nak edit gambar, buat poster dan sebagainya, boleh gunakan aplikasi Canva ye!


2. INSHOT


FREE Video Editor for students. Bagi aku, guna Inshot pun dah mencukupi. First, sebab applications ni FREE. You don't want to spend money just for assignments kan? Plus, it's quite expensive actually. Why we should pay if we can get a free one right? Jadi Inshot ni bolehlah untuk hasilkan video yang menepati syarat-syarat yang selalunya lecturer nak. Kita boleh letak text, videos, pictures, ada some effects, ada transitions, boleh crop, and then kita boleh overlay videos with pictures which is very good. Apa yang aku paling suka ialah sebab kita boleh letak banyak track (Audio Track & Video Track). Sebab tu Overlay Videos/Pictures is possible. Cumanya bila FREE, of courselah ada watermark. Tapi lagi eloklah watermark Inshot daripada watermark Filmora. HAHAHA Filmora besar gedabak wehhhh. Jangan main-main. HAHAHAHA.

Inshot ni aku baru je guna untuk business. Sebelum ni guna Sony Vegas Pro 15. Yes, software ni berbayar tapi someone help me to get it for free. 👀 After a few years, masa end of semester haritu tiba-tiba tak boleh buka pula software tu dia kata aku tak layak. huhuhuhu. Terbongkar sudahlah aku tak bayar ha gituh. hahahaha. Jadinya, aku edit guna Wevideo pula. Tapi aku guna account kawan aku sebab account aku takde multiple track. Aku pun tak tahu kenapa. Korang boleh try guna Wevideo juga kalau nak. Ambik Education Plan, 30 days Free Trial. Tapi after 30 days korang kena guna applikasi lain pula lah nampak gayanya kan? 😕


3. SCRIBBR.COM


Apa benda Scribbr ni? Scribbr ni website yang ajar cara untuk buat Academic Writing, Research Paper dan sebagainya. Dia juga ajar macam mana nak buat citation using APA style or MLA style. Macam tak faham je kan? hahahaha. Takpe, nanti korang belajar. Macam aku, aku kena buat 2 Article Review dengan 1 Synthesis Paper. In Academic Writing, Citation and Format is very crucial. Daripada Foundation Year ni lah korang kena belajar macam mana nak buat. Jangan asyik bagi alasan tak tahu je memanjang tapi tak nak improve ilmu. 

Untuk cite sources boleh guna Scribbr.com. Dekat bahagian tab atas korang akan nampak Citation Generator. Tekan tab tu dan pilihlah korang nak style APA atau pun MLA. Lepastu korang pilihlah references korang tu jenis apa. Article ke, Websites ke, Report ke and etc. Isikan semua butiran, pastu nanti dia akan automatically cite references tu. Easy right? Kalau tak tahu nak buat In-text Citation, boleh baca juga dalam website tu. Dia ada ajar. 

Here's the link >> https://www.scribbr.com/apa-style/apa-seventh-edition-changes/


4. Google Docs

Kenapa nak guna Google Docs? Microsoft Word kan ada.

Google Docs ni memang fungsinya sama je macam Microsoft Word. Cuma yang bestnya ialah, korang boleh edit Documents ni bersama kawan-kawan yang lain. Nanti masa dekat Asasi, akan ada kerja group. Jadi untuk senangkan kerja kita semua, bolehlah buat dekat Google Docs. Semua orang boleh tengok secara live apa yang korang tulis, boleh edit sekali. Menarik kan? Kalau Microsoft Word, tiap kali member nak tengok apa-apa changes, korang kena save, pastu hantar dekat Whatsapp, dekat Telegram. Kalau Google Docs tak payah. Korang tekan je share tab warna biru kat atas tu. Nanti diorang boleh tengok dan edit sekali. Document ni pula akan di save di Google Drive. Memang mudahlah. Dan tak makan space laptop atau phone. 


5. Google Forms


Another google products yang sangat membantu. Google From ni korang boleh gunakan untuk buat survey. Lecturer pon ada guna untuk Quiz juga. Nak guna pon sangat mudah.  Nak share link pon mudah. Senang cerita memang mudahlah! Paling penting, FREE. HAHAHAHA


6. Google Sheets


Kalau tadi sama dengan Microsoft  Word, yang ni sama dengan Microsoft Excel! Boleh buat graph, table dan sebagainya. Sama je fungi dengan Microsoft Word. Google Sheets ni pon boleh share dengan orang lain juga. Itu yang paling best! HAHAHAHA. Okay, next!


7. Google Slide


Yes, sama dengan powerpoint. Fungsi sama je. Untuk buat slide presentation. Tapi semua orang boleh tengok dan edit sama tanpa perlu save dan share document. Yang ni pun Google ada bagi template juga. Jadi memang bestlah. 


Okay, sampai disini sahaja sharing saya pada hari ini. After this aku nak buat Movie Review pula. Tunggu gais! Jangan tak tunggu! Kita cerita pasal survival dalam apartment yang dah dikerumuni oleh zombie! HAAHAHAHA. Boleh sebarkan posting ini macam fitnah jika bermanfaat! Okay, Bye~
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

ABOUT ME

Hello there. Welcome to the blog! I am a final year finance student from a public university in Malaysia and have a huge enthusiasm of sharing random things to the public.

MY WISHLIST

Dean's List Foundation
New phone
Umrah/Haji
Own Car
Own House

Categories

  • Food Review
  • Ghost Story
  • IIUM
  • Islam talk
  • KISAS
  • Movie Review
  • Positive Vibes
  • Puisi tepi jalan
  • Random
  • Tips
  • Tutorial

Blog Archive

  • October 2021 (1)
  • July 2021 (4)
  • June 2021 (1)
  • May 2021 (2)
  • February 2021 (4)
  • January 2021 (1)
  • December 2020 (2)
  • November 2020 (1)
  • October 2020 (1)
  • August 2020 (2)
  • July 2020 (2)
  • June 2020 (1)
  • April 2020 (2)
  • February 2020 (1)
  • January 2020 (7)
  • December 2019 (1)
  • November 2019 (2)
  • October 2019 (3)
  • June 2019 (1)
  • May 2019 (2)
  • April 2019 (1)
  • March 2019 (4)
  • February 2019 (3)
  • January 2019 (4)
  • December 2018 (7)
  • September 2018 (1)
  • June 2018 (2)
  • April 2018 (4)
  • March 2018 (1)
  • February 2018 (1)
  • January 2018 (1)
  • November 2017 (1)
  • October 2017 (2)
  • September 2017 (4)
  • August 2017 (2)
  • July 2017 (2)
  • June 2017 (5)
  • May 2017 (2)
  • April 2017 (1)
  • March 2017 (1)
  • February 2017 (1)
  • January 2017 (2)
  • December 2016 (2)
  • November 2016 (3)
  • October 2016 (1)
  • September 2016 (1)
  • August 2016 (1)
  • April 2016 (2)
  • March 2016 (1)
  • February 2016 (1)
  • December 2015 (1)
  • November 2015 (1)
  • October 2015 (1)
  • September 2015 (1)
  • August 2015 (1)
  • July 2015 (1)
  • June 2015 (2)
  • April 2015 (1)
  • January 2015 (1)

My Blog List

  • Jurnal Shikin Razali
    Catatan diari – Dunia yang kian tua
  • Ke Arah mencari redhaNYA
    Jet Hawk Fly Dari KTU Kepala Batas Ke Base TUDM
  • thesuraya
    Undercover Wife by Zura Rahman
  • Sii Nurul | Menulis Untuk Berkongsi
    Bisnes Sambal Dari Rumah – Modal Kecil, Untung Lumayan!
  • Jari Jemari Menari
    Shopee 6.6 Jualan Lagi Murah: Diskaun Sehingga 66% Untuk Keperluan Harian
  • Travelog Syuhada Salleh
    Hiking Bukit Padang di tahun 2025 & Makan Nasi Lemak
  • kisah aienienka
    2024 will end too....
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Alien Oren
    Movie Review: The Pope's Exorcist
  • Naimy
    Pentingnya belanja bulanan bagi seorang isteri dan mak.
  • Adinda Baizura Mazlan
    Tenang. Kamu Mampu.

Kontraktor Ubahsuai Rumah

Related image
Kontraktor Ubahsuai Rumah

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates