MOVIE REVIEW : I AM A HERO

by - 22:44


ASSALAMUALAIKUM

Selepas dunia digembar-gemburkan tentang filem zombie 'Train To Busan', hari ni Nas nak recommend korang tengok filem yang lebih kurang sama dengan TTB tapi lebih epic, menakutkan dan penuh dengan darah!

Don't judge the film by it's title!
SINOPSIS
Filem ni mengisahkan tentang Hideo Suzuki, seorang pembantu pelukis komik a.k.a manga yang berumur 35 tahun. Hideo Suzuki tersekat dalam hidupnya yang penuh dengan cabaran, gaji yang Hideo dapat tidak setimpal dengan kegigihannya dalam bekerja, impian Hideo untuk terbitkan komik masih lagi tidak tercapai walaupun sudah berkali-kali mencuba nasib. Tidak cukup dengan itu, hubungan Hideo bersama teman wanitanya iaitu Tekko semakin renggang, berpunca daripada pekerjaan Hideo dan keadaan Hideo yang menumpang tinggal di rumah Tekko.

Pada suatu hari, dunia diserang oleh virus ZQN yang akan menukarkan manusia menjadi homidical maniacs atau senang cerita macam zombie. Manusia yang terkena virus ini akan membunuh dan memakan sesiapa yang berada dekat dengan mereka. Berbekalkan senapang, Hideo cuba untuk menyelamatkan diri. Hideo bertemu dengan orang-orang yang tidak dikenali yang turut sama cuba untuk kekal hidup. 

GENRE
Horror, Psychological, Thriller, Gore. (Gore tu Nas tambah)

BARISAN PELAKON
 Yo Oizumi, Kasami Arimura, Masami Nagasawa

DURASI FILEM
2 Jam

NASIHAT
Jangan makan atau minum semasa menonton filem ini.
Sesiapa yang tak tahan darah-darah ni dah boleh undur diri. Kalau berani, silakan dan ENJOY!
Mungkin ada benda geli-geli. Sabar dan istighfar.

RATE 
Nas bagi 4/5 bintang! 

Actually filem ini diadaptasi daripada manga yang bertajuk sama juga iaitu I am a Hero. Nas puas hati tengok cerita ni dan kadang-kadang macam.. aggghhhh, sesak nafas tengok citer ni! oh ye, zombie dalam cerita ni pula lain sangat daripada zombie Train to Busan sebab dalam citer ni ada zombie yang boleh lompat setinggi 7 kaki! and zombie ni boleh cakap tapi setiap satu zombie tu cakap benda lain.

SCENE REVIEW





You May Also Like

4 comments